https://beruangbiru1.blogspot.my/ikJDfa19pVhO7IlejDZdCCpBv7mnJTcWYOwYlqRmh9Q Kristianisasi Dalam BERSIH 5? - Beruang Biru Kristianisasi Dalam BERSIH 5? - Beruang Biru
  • Berita Update

    Selasa, 27 September 2016

    Kristianisasi Dalam BERSIH 5?



    Sejak kali pertama penganjuran siri demo BERSIH diadakan, tidak pernah walau sekalipun perhimpunan ini tidak mengundang kontroversi. Ada sahaja tindakan mereka yang akan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan Rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

    Saban tahun, penganjur BERSIH boleh dikatakan gagal mengawal tindak tanduk peserta. Malah tanpa menunjukkan sedikitpun riak kesal atas apa yang mereka lakukan, demo ini seolah-olah sudah menjadi acara tahunan buat NGO BERSIH 2.0 dan pihak pembangkang itu sendiri.

    Dalam perhimpunan BERSIH 5 kali ini, dikhabarkan pihak penganjur telah merangka pelbagai program untuk disertai oleh semua peserta. Antaranya adalah program melibatkan pencahayaan (illumination) seperti Bersih Torch dan Candle Virgil.

    Bercakao tentang Candle Virgil, bukankah amalan ini biasa dilakukan oleh pengikut agama Kristian? Benar, ada diantara yang bakal hadir terdiri daripada bukan Islam. Namun, sebagai tanda solidariti mereka, bukan satu perkara yang pelik andai ada dikalangan umat Islam sendiri akan terikut dengan dengan acara yang bertentangan dengan Islam ini.

    Sebagai umat Islam, kita ditegah untuk melakukan perkara yang boleh memesongkan aqidah. Ini termasuk mengikut amalan agama lain yang memungkinkan pemesongan aqidah berlaku. Namun bagi penganjur, mereka menggunakan alasan solidariti untuk membenarkan acara ini dilangsungkan serta diikuti oleh penganut agama Islam yang menyertai perhimpunan ini.

    Bukan setakat itu sahaja yang dipertikaikan, malah terdapat beberapa acara lain yang secara tidak sedar telah mencambah biakkan agenda meragukan di kalangan pengikut demo BERSIH 5 ini.

    Oleh yang demikian, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa, BERSIH 5 ini adalah salah satu cara pihak penganjur, samada secara sedar ataupun tidak, mencambah biakkan agenda kristianisasi di kalangan umat Islam.

    Bagi para peserta, apa sahaja yang dirangka oleh pihak penganjur adalah hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan kedudukan Perdana Menteri. Namun bagi pihak penganjur, selain daripada mengaburi para peserta tentang demo berunsur politik,  pertembungan antara agama juga dilihat sebagai salah satu agenda terbesar mereka menerusi penganjuran demo seumpama ini.

    Beruang biru                      
    [12:39, 1/12/2017] Sarfa Yayasan: Antara Air Selangor Dan 1MDB, Mana Yang Menyusahkan Rakyat?

    Pembangkang sebelum ini begitu aktif kononnya memperjuangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai menyeleweng dan mencuri wang rakyat dalam hal tersebut.

    Wang dari syarikat itu dikatakan dilenyapkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Hasil siasatan pelbagai pihak termasuk dari luar negara, telah membuktikan bahawa tuduhan ini tidak benar.

    Agensi dalam negara khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara sudah pun membuktikan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa jenayah dan salah laku.

    Hatta Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengatakan Najib tidak terlibat dalam siasatan mereka dalam satu saman sivil kononnya mahu merampas aset dan harta berkaitan 1MDB yang diseleweng tapi saman itu juga entah ke mana sudahnya.

    Ketika itu rakyat hanya mengikuti sahaja berita dan laporan berkaitan kes itu tanpa terjejas sedikit pun dari segi kehidupan seharian dan juga ekonomi kerana keadaan ekonomi negara tetap kukuh.

    Sedangkan hari ini, rakyat negeri yang di perintah pembangkang Selangor, sedang menghadapi gangguan bekalan air yang seringkali berlaku akibat pelbagai sebab. Antara yang paling utama ialah kerana masalah pencemaran di loji rawatan air.

    Apabila Kerajaan Negeri Selangor dihujani persoalan, lantas dituduh pihak yang mengkritik sebagai cuba mempolitikkan isu bekalan air yang telah pun menyebabkan rakyat negeri Selangor susah kerana ketiadaan bekalan air.

    Apa sahaja cubaan dibuat untuk meminta penjelasan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan dilabelkan sebagai cubaan untuk memburukkan reputasi politik kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu. Hakikatnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan sumber air sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan rakyat.

    Dalam kes di Selangor, semua aspek Pengurusan air negeri itu adalah berada dibawah tanggung jawab kerajaan negeri, nak menafikan macam mana lagi?

    Untuk rekod, Loji Rawatan Air (LRA) sungai Semenyih sahaja telah ditutup sebanyak enam kali sejak 2013 kerana gara-gara pencemaran air dan ia menjejaskan bekalan air bersih ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

    2 Menteri Besar berbeza tapi masalah masih sama.

    Jika kerajan negeri pembangkang Selangor memberikan fokus kepada keutamaan masalah bekalan air di Selangor, sudah tentu ia akan selesai dan rakyat negeri itu tidak menghadapi masalah air lagi. Kerana sibuk masuk campur hal seperti 1MDB yang tidak nampak menyusahkan sesiapa , rakyat negeri itu kini terabai dari aspek bekalan air.

    Dengan isu 1MDB sudah pun boleh dikira selesai, sedangkan isu bekalan air masih tidak nampak jalan penyelesaiannya ini, membuktikan pembangkang hanya berminat mempolitikkan isu, bukan menyelesaikan masalah rakyat.

    Beruang biru
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Kristianisasi Dalam BERSIH 5? Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis
    © Script Menunda Pemuatan Gambar Posting Blogger Source: http://www.iwanberbagi.com/2016/10/script-menunda-pemuatan-gambar-posting.html