Najib Pemimpin Ada Prinsip, Mahathir Cuma Ada Matlamat Sahaja - Beruang Biru Najib Pemimpin Ada Prinsip, Mahathir Cuma Ada Matlamat Sahaja - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Isnin, 26 September 2016

Najib Pemimpin Ada Prinsip, Mahathir Cuma Ada Matlamat Sahaja



Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan “No Retreat, No Surrender” pada Perhimpunan Agung UMNO lalu, ramai yang tidak mengetahui bahawa laungan itu bukan ditujukan kepada marhaen, tetapi ia untuk tiga individu yang berada di dalam dewan PWTC pada masa itu.

Sebenarnya pergeseran antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Najib adalah permainan tinggi rebutan kuasa yang mempunyai kisah di belakangnya.

Namun disebabkan Mahathir mengetahui dirinya amat popular, maka beliau membawa pergeseran antara mereka berdua kepada persada rakyat.

Beliau mengetahui rakyat boleh dimanipulasikan dengan emosi dan jahil akan kisah sebenar, maka lebih mudah dipersembahkan isu yang mereka kurang arif untuk ditelan.

Itulah sebabnya ketika Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim dan DAP serta pembangkang yang lain menyerang Presiden dan parti UMNO, Mahathir sedikit pun tidak mahu mempertahankan UMNO dan Presidennya. Ini kerana serangan dan hentaman dari mereka ini amat diperlukan oleh Mahathir.

Disebabkan Mahathir juga sudah merencanakan untuk menyerang Najib dan UMNO, maka apabila beliau melakukan serangan itu, ia umpama menambah garam dan perasa sahaja, kerana sebahagian besar kerja groundwork menghentam UMNO telah dilakukan oleh musuh UMNO lebih awal lagi.

Mahathir tetap akan menyerang Najib kerana tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri melebihi satu penggal kerana ia bakal mengganggu rencana yang sudah dilakarkan beliau seawal tahun 1991 lagi.

Itulah sebabnya juga Mahathir tidak menyerang melulu seawal 2012 kerana beliau tidak mahu kelihatan gelojoh dan beragenda. Beliau membida pada masa yang sesuai dan apabila terlihat ada isu, barulah Mahathir menyerang.

Berbalik kepada topik kita, Najib ada prinsip, Mahathir cuma ada matlamat. Kami tidak silap dalam hal ini kerana Mahathir bukan sahaja tidak berprinsip malah beliau juga tiada kesetiaan.

Mahathir cuma ada matlamat dan itu sahaja yang dipegangnya. Sama ada untuk mencapai matlamat itu halal atau haram, betul atau salah, itu belakang kira.

Mahathir boleh duduk di dalam parti UMNO selama berpuluh tahun dengan mengambil nikmat dan kekayaan, tetapi beliau boleh meninggalkannya apabila kemahuannya tidak dapat dilayan. Bukan sekali bahkan dua kali keluar UMNO. Kesetiaan jenis apakah itu?

Selain itu, Mahathir juga boleh mendidik ahli UMNO sekian lama untuk membenci musuh-musuhnya dengan pelbagai cerita tetapi sebaik sahaja beliau merasakan keperluan untuk membenci, beliau sanggup menelan kahak dan menerima musuhnya tanpa ada rasa bersalah langsung.

Ternyata sekali Mahathir tidak  berpendirian.

Mahathir boleh sujud kepada DAP dan sembah kepada Anwar. Mereka ini adalah pihak yang ditolak dan dicaci olehnya dahulu kala. Mahathir menelan kahaknya sendiri sambil penyokongnya mengejek dedak.

Mereka jahil antara dedak dan kahak, kahak lebih jijik sejuta kali. Dedak itu akhirnya dimakan juga oleh manusia dengan memakan ayam yang memakan dedak.

Sementara itu, ketika Perhimpunan Agung UMNO lalu, ketika Najib melaungkan ‘No Retreat No Surrender” banyak cerita dibelakang tabir yang menyebabkan ia dilaungkan di depan Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Yang satu tidak habis-habis dengan kisah legasi dan pewarisan kuasa dan harta, yang satu lagi ketagih hendak menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia tidak membolehkan dia menunggu lebih satu penggal dan lagi satu pula kawan baik yang tidak nampak bagaimana beliau boleh pertahan jawatan sedia ada serta mahu ditukar ke negeri asal dengan jawatan nombor satu, tetapi tidak dilayan. Maka jadi rebellious kelihatan lebih mulia dari tewas.

Tanyalah diri kita sendiri apakah tindakan harus dibuat jika kita berada di dalam kasut Presiden? Melayani kesemua kehendak? Kepada Mahathir, berhentilah berbohong kepada rakyat dengan menggunakan isu ciptaan sendiri. Jika ia terbukti benar, sudah tentu anda sudah membawanya ke mahkamah.

Musuh semalam boleh jadi kawan untuk hari ini dan kawan semalam boleh jadi musuh esok, hanya kerana “matlamat”. Mahathir hanya setia dan sayang pada keluarga dan anak beranak sahaja. Itu tetap.

Mahathir boleh mencampak Muhyiddin ketepi esok jika beliau mahu, sama seperti yang dilakukan kepada kepada tiga Tan Sri yang enggan melayaninya lagi. Kesemua mereka hanya menjadi alat belaka.

Kepada ahli UMNO, berpegang erat kepada Presiden yang mempertahankan parti. UMNO untuk semua ahli dan rakyat, bukan untuk memuaskan nafsu serakah Mahathir dan kroninya yang bukan pun ahli UMNO.

Lihatlah kepada Mukhriz dan Muhyiddin, mereka bercakap seolah olah mereka sudah ada bersama pembangkang sejak 100 tahun lalu. Mereka lupa hanya beberapa bulan yang lalu mereka ada di dalam kerajaan yang mereka kutuk hari ini.

Mereka menghina kerajaan yang ayah dan idola mereka sendiri pimpin sejaksekian lama. Jika perkara semudah ini pun mereka boleh lupa, apa harapan kepada rakyat Malaysia jika mahu bergantung kepada mereka?

Malaysia akan lebih selamat jika rakyat berhenti mendengar berita kebencian yang palsu yang dibawa mereka.


Tulisan:
Beruang Biru
BB60, Isnin
26 September 2016

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Najib Pemimpin Ada Prinsip, Mahathir Cuma Ada Matlamat Sahaja Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis