https://beruangbiru1.blogspot.my/ikJDfa19pVhO7IlejDZdCCpBv7mnJTcWYOwYlqRmh9Q Bajet Pembangkang Dua Tahun Berturut-Turut Tanpa Bonus Penjawat Awam - Beruang Biru Bajet Pembangkang Dua Tahun Berturut-Turut Tanpa Bonus Penjawat Awam - Beruang Biru
  • Berita Update

    Jumaat, 21 Oktober 2016

    Bajet Pembangkang Dua Tahun Berturut-Turut Tanpa Bonus Penjawat Awam

    SEDARKAH kita, khususnya para penjawat awam bahawa dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017 tiada sebarang usaha untuk menghargai penjawat awam melalui pemberian intensif khas atau bonus?

    Malah mungkin ramai juga tidak sedar bahawa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada tahun 2016 yang lalu juga menunjukkan pembangkang tidak berminat untuk menghargai jerih perih para penjawat awam.

    Dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan itu, kebanyakannya hanya memperlekehkan Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional.

    Manakala inisiatif daripada pembangkang kearah kesejahteraan rakyat dalam bajet tersebut tidak begitu ketara.

    Misalnya soal perumahan rakyat, di Selangor dan Pulau Pinang pun pembangkang gagal laksanakan rumah mampu milik untuk rakyat.

    Apatah lagi kebajikan penjawat awam. Dalam bajet alternatif pembangkang pada 2016, mereka mahu kurangkan penjawat awam sebanyak 1%.

    Ini kerana Lim Kit Siang pernah menyatakan dalam RoketKini bahawa jumlah penjawat awam di Malaysia adalah yang teramai di dunia.

    Pada Lim Kit Siang, penjawat awam ini satu pembaziran baginya.

    Dan tidak hairanlah juga pembangkang dengan rasa tidak bersalah sanggup mencadangkan agar peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dikurangkan sebanyak RM10 bilion iaitu daripada jumlahnya pada 2016 sebanyak RM20.3 bilion kepada RM10.3 bilion sahaja pada tahun 2017.

    Sedangkan mungkin ramai tidak tahu di bawah Jabatan Perdana Menteri terdapat 58 agensi termasuklah pejabat urusetia bekas Perdana Menteri yang sekarang adalah sahabat karib DAP iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed.

    Selaku rakyat dan penjawat awam yang waras, seharusnya mampu berfikir sejauhmana keseriusan pihak pembangkang dalam membela nasib kehidupan mereka di negara ini.

    1 November 2011, Tony Pua pernah sebut dalam akhbar Sin Chew Daily, mukasurat 9 mengenai cadangannya hendak kurangkan penjawat awam di Malaysia.

    Pada 31 November 2011, Setiausaha kepada Tony Pua iaitu Kiam Wee juga pernah berkata DAP akan melaksanakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" jika mereka menguasai Putrajaya.

    Inilah bahaya pembangkang dan DAP, kalau dapat kuasa habis semua akan dibuang mereka. Bukan sahaja bonus tiada dalam belanjawan pembangkang, mereka juga ada niat hendak buang kakitangan awam di Putrajaya.

    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB91, Jumaat
    21 Oktober 2016
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Bajet Pembangkang Dua Tahun Berturut-Turut Tanpa Bonus Penjawat Awam Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis
    © Script Menunda Pemuatan Gambar Posting Blogger Source: http://www.iwanberbagi.com/2016/10/script-menunda-pemuatan-gambar-posting.html