INFO RINGKAS MENGENAI MENGAPA HARGA MINYAK MASAK NAIK DI PASARAN. - Beruang Biru INFO RINGKAS MENGENAI MENGAPA HARGA MINYAK MASAK NAIK DI PASARAN. - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Selasa, 1 November 2016

INFO RINGKAS MENGENAI MENGAPA HARGA MINYAK MASAK NAIK DI PASARAN.

Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50, manakala harga minyak masak selain itu akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Beliau berkata, harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan.

Bagi minyak masak lain, katanya, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

"Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

"Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran,"


BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: INFO RINGKAS MENGENAI MENGAPA HARGA MINYAK MASAK NAIK DI PASARAN. Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis