Azmin Perlu Jawab "Dapat Aiskrim Percuma" Jamal - Beruang Biru Azmin Perlu Jawab "Dapat Aiskrim Percuma" Jamal - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Khamis, 26 Januari 2017

Azmin Perlu Jawab "Dapat Aiskrim Percuma" Jamal

MENTERI Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertindak hanya berdiam diri tidak menjawab serangan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Sikap diam diri ini adalah strategi pertahanan terbaik Azmin dalam menghadapi semua isu di Selangor sekarang ini. Isu air, isu DEIG, isu cat pintu gerbang, isu plastik 20 sen, isu sampah, isu denggi, isu bolasepak dan terbaru tentang kempen "Dapat Aiskrim Percuma", DAP.

Jamal sekali lagi membuat aksi yang ditakuti Azmin di hadapan Bangunan SUK Selangor pada 25 Januari 2017 selepas sebelum ini beliau dilihat bertuala di sana kerana isu air. Kali ini, Jamal tampil pula dengan membawa 10 katil sambil menaiki motor 'Azmin Ais Krim'.

Menariknya, tertera pada tong aiskrim berkenaan gambar perempuan sedang melakukan perkara tidak bermoral dengan seorang susuk tubuh lelaki yang mirip mukanya menyerupai Azmin. Hasil pemerhatian, dipercayai gambar tersebut diambil dari keratan rakaman video CCTV yang tular di media sosial beberapa tahun lalu.

Perlakuan lelaki mirip Azmin itu dipercayai berlaku dalam tandas dan berlanjutan hingga 45 minit jika mengikut jam dinding yang tertera pada gambar tersebut.

Dalam jawapan balas Azmin terhadap 'aksi' Jamal ini, Azmin sekadar menyentuh soal isu rumah urut di Selangor dan cadangan agar tilam-tilam berkenaan wajar dihantar ke pusat pemindahan banjir sahaja. Sebaliknya, Azmin tidak pula membuka mulut mengenai isu 'Azmin aiskrim' yang turut dibangkitkan Jamal pada hari berkenaan.


Apakah yang dimaksudkan oleh Jamal terhadap 'Azmin aiskrim' tersebut? Kenapa pula Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR tidak menjawab langsung isu berkenaan? Apatah lagi secara simboliknya, Jamal turut mengagih-agihkan aiskrim berperisa oren (dipercayai) kepada orang awam yang berada di sekitar Bangunan SUK Selangor pada hari berkenaan.

Selaku Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin tidak boleh melepaskan diri dengan hanya berdiam begitu sahaja tanpa sebarang jawapan balas kepada sindiran Jamal tersebut. Jamal mungkin mengetahui perkara sebenar yang dilakukan Azmin, namun selaku hak rakyat yang bertunjangkan negara demokrasi ini, mereka juga wajar diberi pemahaman tentang isu-isu melibatkan pemimpin negeri sebagai tanda parti yang memerintah kerajaan tersebut mengutamakan suara rakyat.

Apakah benar aksi lelaki dalam tandas selama 45 minit itu adalah Menteri Besar Selangor sekarang ini?

Azmin Ali, harus tampil menjawab isu yang dilontarkan Jamal Md Yunos, jangan pula hantar Ratu Naga sebagai wakil memakan aiskrim di depan rumah Jamal.

Memalukan sungguh jika Azmin tidak jawab isu ini. Lebih bacul kalau hantar wakil sahaja untuk balas dendam.

Tulisan :
Beruang Biru
BB248, Khamis
26 Januari 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Azmin Perlu Jawab "Dapat Aiskrim Percuma" Jamal Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis