'Game Over' : Serangan Ekonomi Oleh Pembangkang Sudah Gagal - Beruang Biru 'Game Over' : Serangan Ekonomi Oleh Pembangkang Sudah Gagal - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Isnin, 16 Januari 2017

'Game Over' : Serangan Ekonomi Oleh Pembangkang Sudah Gagal



Perkataan 'game over' amat menggerikan jika dalam sesebuah permainan berkomputer, ia bermakna tamat, mati atau nyawa dah habis.

Ia juga menandakan bahawa pemain "game" itu kalah sebab "Game Over". Bukan "Mission Accomplish" atau pun "Victory" yang menandakan kemenangan mutlak pada sesuatu permainan.

Dalam arena politik tanah air, kita boleh nampak bagaimana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa 'bermain' strategi yang baik untuk terus menang.

Mengatasi dengan baik serangan terhadap GST dan TPPA. Mengatasi dengan baik serangan terhadap syarikat pelaburan negara iaitu 1MDB dan juga pelaburan China dalam ECRL dan Bandar Malaysia baru baru ini.

Parti pembangkang serang banyak kali. Tidak ada yang mampu menjatuhkan BN. Malah yang terjatuh adalah Malaysian Insider kapal terbang propaganda pembangkang yang bungkus terus. Juga turut bungkus beberapa blog penyerang mereka.

Yang paling besar terbungkus adalah Mazlan Aliman dan Rafizi, sesudah beberapa kali menyerang akhirnya terkantoi fitnah. Juga Nga Kor Ming, dah lama terbungkus setelah buat beberapa cerita karut di Facebooknya.

Cerita mereka tidak laku sebab selalu sangat main cerita karut dan menambah nambah. Rakyat mula menilai mana satu yang benar atau tidak. Benarlah seperti kata satu artikel dalam South China Post, Dato Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional umpama bank yang besar yang sukar digagalkan.

Berulang kali Tun Daim dan Tun Mahathir berwirid berkata bahawa ekonomi Malaysia hendak muflis dan bankrap. Tetapi Allah SWT tidak juga perkenankan apa yang mereka berdua hendak.

Namun demikian, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan seperti negara muflis, Perdana Menteri mahu jual negara, hutang negara terlalu tinggi, Malaysia akan dilelong dan pelbagai lagi, namun agensi global tetap memberi fakta yang sebenar.

Menurut Laporan Prospek Ekonomi Global 2017 dari Bank Dunia, ekonomi Malaysia diunjurkan akan berkembang dengan amat baik berbanding negara-negara lain tidak lama lagi. Walaupun diklasifikasikan sebagai unjuran secara sederhana iaitu sebanyak 4.3 peratus tahun ini, namun ia dilihat lebih baik berbanding di rantau Asia Timur dan Pasifik.

Menurut laporan antarabangsa itu, Malaysia akan mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan lebih baik iaitu 4.5 peratus pada tahun 2018 dan 2019.

Jika melihat pula kepada laporan The Economist 2017 pada muka surat 97, kajian mendapati rantau benua Asia dan China merupakan kawasan yang paling membangun di dunia ketika ini.

Empat negara ini iaitu China, India, Malaysia, Singapura dan Indonesia atau lebih sesuai kita kenali sebagai 'CINMSI' adalah kawasan di mana ekonomi dunia berkembang dengan pesat sekali.

Maka, sesiapa yang mengganggap lawatan pelaburan ekonomi Datuk Seri Najib Razak ke China baru-baru ini sebagai tidak berharga, maka mereka sebenarnya bodoh tidak membaca dan mengkaji.

Terbaru, Easy Of Doing Business menyenaraikan Malaysia di tangga ke 23 negara yang mudah menjalankan urusan perniagaan. Harga getah dan sawit di Malaysia juga berada pada tahap tertinggi sekarang.

Malah Malaysia dianggap oleh Majalah International Living menyenaraikan Malaysia sebagai negara no. 1 pilihan pesara pesara di seluruh dunia. Dalam ranking negara pelancongan, Malaysia menjadi negara ketujuh paling banyak dilawati pelancong di dunia.

Indikasi, statistik dan kedudukan ini dibuat oleh agensi, majalah dan badan antarabangsa. Mereka meletakkan kedudukan Malaysia berdasarkan kaedah kajian dan penilaian yang menyeluruh. Jangan tuduh mereka makan dedak pula?

Jadi tidak salahlah Financial Times dan The Economist Intelligence Unit terus meramalkan Dato Seri Najib dan Barisan Nasional akan terus memenangi PRU14 nanti.

Apapun, sikap pembangkang memang sentiasa tidak mahu menerima kenyataan bahawa BN telah memacu Malaysia mencapai antara negara yang hebat di dunia.

Banyak 'peluru' pembangkang telah guna, dan 'peluru' paling besar iaitu melibatkan ekonomi negara juga tetap tidak menyebelahi mereka.

Hakikatnya, pembangkang layak diberi gelaran GAME OVER. Serangan mereka terhadap ekonomi negara telah gagal.


Tulisan :
Beruang Biru
BB229, Isnin
16 Januari 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: 'Game Over' : Serangan Ekonomi Oleh Pembangkang Sudah Gagal Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis