Muhyiddin Harus Tunjuk Bukti Dakwaan RM1 Bilion Dalam Akaun PM - Beruang Biru Muhyiddin Harus Tunjuk Bukti Dakwaan RM1 Bilion Dalam Akaun PM - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Jumaat, 6 Januari 2017

Muhyiddin Harus Tunjuk Bukti Dakwaan RM1 Bilion Dalam Akaun PM


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Perdana Menteri mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadinya.

Tuduhan itu dibuat Muhyiddin dalam satu ceramah di Ketereh pada 26 Ogos 2016.

Seperti biasa, tuduhan berkenaan tidak dapat dibuktikan sebaliknya bertujuan untuk menambahkan persepsi buruk terhadap Najib.

Ia juga bertujuan untuk mengalihkan isu sebenar iaitu pembangkang kini sedang berpecah belah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) tidak mendapat sambutan.

Selain dari itu, angka itu tiba tiba muncul dari mulut Muhyiddin ketika isu DOJ makin reda dan ketika demo berkaitan itu DOJ juga nampak menemui kegagalan.

Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Muhyiddin memberitahu beliau terpaksa membaca The Edge untuk memahami isu sebenar.

Dalam isu RM1 bilion ini pula, beliau mendakwa mendapat maklumat yang dikongsikan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu menjadi Peguam Negara.

Jika Muhyiddin betul-betul mempunyai bukti, sudah pasti beliau telah pun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), takkan beliau sanggup melepaskan peluang yang ada dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri.

Memang tidak dapat dinafikan gosip-gosip liar ini menarik didengar apatah lagi selepas ditambah dengan rencah-rencah buatan sendiri namun malangnya tuduhan yang diuar-uarkan ini tidak pernah dibuktikan pun.

Sebaliknya ia menunjukkan Muhyiddin telah `bankrap isu' dan atas sebab itulah beliau terpaksa mengulangi isu sama, yang tidak lagi menarik minat rakyat Malaysia.

Hakikatnya semua isu yang dibangkitkannya itu telah diselesaikan malah Perdana Menteri sendiri disahkan bersih daripada sebarang tuduhan.

Bila agaknya Muhyiddin akan menerima kenyataan bahawa isu 1MDB dan derma dari negara Arab sebenarnya telah selesai.

Muhyiddin sepatutnya menumpukan perhatian kepada Pribumi yang tidak mendapat sambutan itu. Boleh Muhyiddin beritahu sekarang berapa jumlah ahli berdaftar Parti Pribumi?

Tulisan :
Beruang Biru
BB28, Selasa
30 Ogos 2016

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Muhyiddin Harus Tunjuk Bukti Dakwaan RM1 Bilion Dalam Akaun PM Rating: 5 Reviewed By: Beruang Biru