https://beruangbiru1.blogspot.my/ikJDfa19pVhO7IlejDZdCCpBv7mnJTcWYOwYlqRmh9Q Betul ke 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin? - Beruang Biru Betul ke 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin? - Beruang Biru
  • Berita Update

    Khamis, 16 Februari 2017

    Betul ke 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin?

    Sebuah institut yang mana Mohamed Azmin Ali menjadi penasihatnya, telah mendedahkan bahawa 62 peratus daripada sejumlah 2,018 responden di Selangor yakin dan percaya terhadap kepimpinan Menteri Besar dari PKR itu.

    Malah media pro pembangkang dalam tajuk-tajuk laporannya telah membayangkan bahawa jumlah 62 peratus itu adalah benar walaupun kajian yang dijalankan oleh institut berkenaan boleh diragui.

    Apa yang menjadi persoalannya ialah, logikkah institut yang dinasihati Azmin akan melaporkan perkara tidak elok terhadap 'big boss' mereka sendiri? Sudah semestinya sehingga ke 10 keturunan sekali pun, institut tersebut akan menyediakan laporan yang menguntungkan dan menaikkan nama baik Azmin.

    Jadi, dimanakah kredibiliti kajian berkenaan? Realitinya, Azmin kini sedang berdepan dengan krisis yang amat teruk.

    Isu caj 20 sen terhadap beg plastik yang dilaksanakan di Selangor mulai awal tahun ini bukan sahaja membuatkan penduduk terbeban, malah dua Exco Azmin sendiri mengaku bahawa tindakan kerajaan negeri itu benar-benar membebankan rakyat.

    Ia juga menyebabkan banyak suara bantahan diterima oleh Azmin namun tidak dihiraukan, jadi mana mungkin pemimpin yang tidak mendengar suara rakyat boleh dipercayai dan dikasihi? Di mana logiknya Azmin disukai rakyat?

    Apa yang dikesalkan pembangkang telah memperkudakan method kajian sebegini untuk menaikkan imej Azmin yang pada realitinya semakin terjejas.

    Tulisan:
    Beruang Biru
    BB 285, Khamis
    16 February 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Betul ke 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin? Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis
    © Script Menunda Pemuatan Gambar Posting Blogger Source: http://www.iwanberbagi.com/2016/10/script-menunda-pemuatan-gambar-posting.html