Hanya Sembilan Bahagian, Bukti Parti Bunga Tiada Pengaruh Di Pulau Pinang - Beruang Biru Hanya Sembilan Bahagian, Bukti Parti Bunga Tiada Pengaruh Di Pulau Pinang - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Khamis, 23 Februari 2017

Hanya Sembilan Bahagian, Bukti Parti Bunga Tiada Pengaruh Di Pulau Pinang

Pada 14 Februari lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan senarai 128 Ketua Penaja bahagian di seluruh negara. Ia termasuk 'tuan punya' parti sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi ketua di bahagian Langkawi.

Apa yang menariknya, pengumuman ketua-ketua penaja bahagian Parti Bunga ini disambut hambar dan penuh teka teki. Mana tidaknya, sudahlah di Negeri Sembilan tiada langsung wakil parti berkenaan, di Pulau Pinang pun sama, dengan keadaan agak 'kucar kacir'.

Daripada 13 bahagian di seluruh Penang, Parti Bunga hanya mampu bertapak di sembilan kawasan sahaja. Itu pun mengenengahkan beberapa nama yang tidak popular dan mempunyai 'kisah silam yang kelam'.

Logiknya, di Pulau Pinang yang dikuasai oleh sekutu kuat Parti Bunga iaitu DAP, kekuatan dan pengaruh Mahathir sendiri perlu lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Jika tidak, apa maknanya bersekutu dan berkawan baik dengan DAP sehingga menjadi harapan kepada pembangkang?

Namun demikian, apa yang terjadi sebaliknya. Parti Bunga sudah buktikan bahawa mereka tidak mampu mencari pemimpin sendiri untuk mengurus parti di kawasan seluruh negeri itu.

Mereka seolah-olah tidak begitu yakin untuk menapak dan menyebarkan sayapnya di negeri yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Jika langkah awal pun sudah terumbang ambing, adakah ini gambaran sebuah parti yang mahu menjanjikan perkhidmatan 'first class' buat rakyat, andai dipilih berkuasa di Putrajaya?

Kita harus ingat, DAP adalah kuasa yang menentukan hala tuju sebenar Pakatan Harapan. Jika Parti Bunga tidak berdaya untuk menunjukkan pengaruh mereka dalam kalangan masyarakat Melayu di 'negeri Guan Eng', maka adakah Parti Bunga akan mendapat tempat yang lebih istimewa di mata pembangkang?

Tulisan :
Beruang Biru
BB298, Rabu
23 Februari 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Hanya Sembilan Bahagian, Bukti Parti Bunga Tiada Pengaruh Di Pulau Pinang Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis