Keluhan Mahathir Terhadap Proton Sudah Terlambat Dan Penuh Kepalsuan - Beruang Biru Keluhan Mahathir Terhadap Proton Sudah Terlambat Dan Penuh Kepalsuan - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Khamis, 23 Februari 2017

Keluhan Mahathir Terhadap Proton Sudah Terlambat Dan Penuh Kepalsuan

Satu waktu dahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa sesiapa yang mahu mengambil alih PROTON harus ada `Deep Pocket' yang bermaksud setelah mengambil alih PROTON maka pihak berkenaan perlu mempunyai banyak wang baki untuk menguruskan syarikat berkenaan.

Ketika Mahathir memberi kenyataan itu, terdapat persaingan daripada beberapa pihak untuk mengambil alih PROTON dan antaranya ialah NAZA.

Cara beliau bercakap itu seolah-olah beliau `concern' dengan kedudukan PROTON dan mengutamakan kebaikan serta kesejahteraan PROTON. Namun Mahathir tetap Mahathir, akhirnya syarikat kroninya iaitu Syed Mokhtar yang dipilih.

Rakyat menyangka bahawa PROTON telah membuat pilihan terbaik. Namun sedikit sahaja yang tahu bahawa kehadiran Mahathir di dalam PROTON sama seperti kehadirannya dalam PETRONAS, di mana semua keputusan adalah keputusan beliau sahaja.

Akhirnya PROTON masih terkontang-kanting sehingga hari ini. Bukan sahaja PROTON, bahkan rakyat juga menanggung kesusahan kerana harga kereta lain dikawal bagi membolehkan PROTON bernafas.

Kini, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan baru yakni `jika menjual PROTON pada syarikat asing, ia boleh lukakan hati rakyat Malaysia'. Persoalannya, sejak bila Mahathir bercakap bagi rakyat Malaysia? Selama ini bolehkan rakyat masuk campur atau dirujuk terutama dalam pemberian tender, kontrak dan vendorship?

Tahukah Mahathir bahawa rakyat sudah tahu bahawa PROTON secara sulit memberi kekayaan kepada kroni dan sanak saudara beliau sahaja?

Sebelum ini viral kisah berkenaan syarikat konglomerat Yazmin Group dan Jurumuda Sdn Bhd yang ada kaitan dengan Mahathir dan ini melukakan hati rakyat. Ia membuatkan rakyat ragu-ragu akan Mahathir manakala penyokongnya pula terkedu kerana tidak menyangka beliau memberikan kekayaan kepada anak buahnya secara sulit.

Jadi usahlah Mahathir menggunakan rakyat sebagai alasan untuk mempertahankan PROTON.

Baru baru ini kroni kepada Mahathir, Vincent Tan mengumumkan beliau akan bersedekah kepada kerajaan Filipina dengan membina sejumlah 6,000 rumah untuk rakyat miskin negara itu.

Jika majoriti rakyat Malaysia terutama rakyat kampung yang Mahathir selalu kelirukan dengan kisah 1MDB, BRIM haram dan Najib curi duit mengetahui bahawa orang yang beliau bantu lebih suka memberikan bantuan kepada rakyat Filipina berbanding rakyat Malaysia, tentu mereka akan terluka.

Ada juga tersebar di alam maya yang memperli Mahathir, jika sayang sangat dengan PROTON, kenapa tidak berpakat dengan anak sendiri Mokhzani dan kroni yang ramai iaitu Ananda Krishnan, YTL dan Vincent Tan untuk membeli PROTON?

Adakah kerana takut kepada beban terpaksa menampung kos kerugian PROTON seperti kerajaan Malaysia yang sudah pun berbelanja berpuluh bilion untuk selamatkan PROTON?
Kali terakhir kerajaan memberi RM1.5 billion hanya untuk membayar vendornya sahaja.

Amat malang setelah 30 tahun PROTON masih seperti kanak kanak tadika yang perlu dipimpin ke sekolah sedangkan di dalamnya ada seorang yang dianggap “mahadewa” yang tahu segala-galanya.

PROTON tidak diganggu dan tidak disabotaj oleh sesiapa pun tetapi masih lumpuh dan gagal.Hakikatnya kerajaan di bawah Abdullah Badawi dan Najib Razak tetap membantu dengan menyuruh Jabatan Kerajaan, Tentera, Polis dan agensi kerajaan menggunakan kenderaan PROTON .

Justeru alasan bahawa rakyat akan terluka jika Proton dijual kepada syarikat asing hanyalah mainan persepsi Mahathir semata-mata.

Maka kita perlu menyeru kepada Mahathir supaya melihat kepada gambaran yang lebih besar dan berhenti daripada memainkan sentimen rakyat. Terimalah keputusan dengan terbuka jika hasil perkongsian dengan syarikat luar mampu menyelamatkan PROTON.

Tulisan :
Beruang Biru
BB299, Rabu
23 Februari 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Keluhan Mahathir Terhadap Proton Sudah Terlambat Dan Penuh Kepalsuan Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis