Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP - Beruang Biru Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Rabu, 15 Februari 2017

Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP

Semakin hari DAP semakin bergolak, bak kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa krisis dalaman parti itu umpama bom jangka yang menanti masa untuk meledak.

Sebelum pemimpin diktator DAP membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah ada rasa tidak puas hati antara pemimpin dalam DAP, terutama mereka yang bertanding untuk jawatan CEC.

Ia seumpama retak menanti belah. Sebaik sahaja kepimpinan DAP yang tidak pernah membuat keputusan secara rundingan bersama ahli yang lain itu mengamalkan sistam ala ala Korea Utara untuk berbaik dengan Tun Mahathir, maka terjadilah apa yang diumpamakan “the straw that broke the camel back”.

Masalah yang sudah banyak berkumpul di dalam DAP menunggu masa untuk roboh dan Tun Mahathir menjadi penyebabnya. Kita mungkin melihat hanya empat individu DAP dari Melaka telah memulakan tindakan keluar parti, namun sebenarnya ramai lagi menunggu masa untuk bertindak sedemikian.

Sebenarnya bukan sahaja DAP, tetapi ramai juga dari PKR hampa dengan tindakan berbaik dengan Tun Mahathir.

Asas penubuhan PKR adalah untuk menentang Tun Mahathir dan apabila Azmin Ali berbaik dengan Tun Mahathir maka gerakan untuk menumbangkan Azmin Ali semakin kuat .

Dalam masa yang sama didapati kedua puak baik Pribumi mahupun DAP mengutamakan legasi keluarga masing masing.

Tun Mahathir dengan agenda mahu menjadikan anaknya Perdana Menteri manakala Lim Kit Siang pula mahu selamatkan anaknya jika Pakatan Harapan berkuasa.
Sehingga kini kerjasama atau pun tahaluf Siyasi antara Pribumi dan DAP adalah menguntungkan Tun Mahathir, bukannya DAP.

Tun Mahathir yang dilihat tewas dari segala sudut untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, seolah olah mendapat talian hayat apabila mengikat hubungan dengan DAP.

Sementara DAP pula, peluang menjatuhkan parti Melayu Islam UMNO semakin cerah dengan kemasukan Tun Mahathir ke dalam kelompok mereka. Boleh dikatakan masing masing mahu pergunakan satu sama lain terlebih dahulu untuk mendapat kuasa dan kemudian barulah mereka akan buat keputusan untuk tindakan seterusnya, sama ada menyisihkan atau melakar hubungan baru.

Menurut beberapa sumber dalaman DAP, pertelagahan akibat menerima Tun Mahathir sangat kuat diperkatakan, walaupun Kit Siang beralasan hanya mahu “perguna” bekas Perdana Menteri itu, namun ada antara kepimpinan DAP tidak mempercayai Tun Mahathir kerana sebaik sahaja mendapat apa yang dikehendakinya, beliau akan kembali kepada dirinya yang asal.

Mereka berpendapat setakat ini Tun Mahathir hanya berlakon sahaja kerana sedang mengejar matlamatnya dan akan kembali membuat U-Turn serta berkompromi dengan pihak yang dimusuhinya.

Namun di sebaliknya, Kit Siang juga bersikap yang sama kerana sebaik sahaja UMNO tumbang, DAP atau lebih tepat, keluarga Lim akan mencari jalan untuk mengenepikan Tun Mahathir.

Betullah maknanya bahawa kedua pihak ini adalah “strange bedfellow’ dan juga sesuai hubungan mereka sekadar dianggap sebagai “marriage of convenience”.

Selepas masing masing mendapat apa yang dikehendaki mereka akan cari jalan membunuh satu sama lain. Ahli-ahli DAP yang menentang keluarga Lim tetap menganggap Tun Mahathir adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Atas sebab yang sama juga Tun Mahathir berlakon mahukan PAS dan pura pura memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan. Ia bagi menunjukkan beliau membuat tawaran kepada PAS, sedangkan jauh di sudut hatinya beliau tidak mahu mahu PAS dalam Pakatan Harapan.

Mahathir bersikap begini kerana susah payah dan tipu helah untuk “eliminate” calon potensi bagi menjadi Perdana Menteri akan gagal jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan.

Setelah berjaya menyisihkan Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin, ia menjadi sia sia jika PAS berada di dalam Pakatan Harapan kerana tentu sekali PAS mahukan presiden mereka, Abdul Hadi Awang menjadi calon Perdana Menteri.

Faktor Tun Mahathir hanyalah faktor terakhir di mana faktor-faktor lain seperti marah kepada keluarga Lim kerana mengamalkan sistem dinasti dan juga amalan kronisma serta campur tangan dalam pemilihan CEC di mana hanya mereka yang sebulu dengan Kit Siang dan Guan Eng sahaja dipastikan menang.

Selain itu kemarahan akibat cakap tidak serupa bikin dimana jika pihak lain yang baru sahaja disyaki dan diandaikan rasuah sudah disuruh letak jawatan tetapi Lim Guan Eng yang telah dihadapkan ke mahkamah masih boleh pegang jawatan dan meluluskan banyak perkara sebelum masuk penjara.

Apa pun dalam kemelut ini, yang pasti penyokong pembangkang juga dari jenis hipokrit kerana mereka membenci rasuah jika pihak lain yang melakukan tetapi jika di kalangan mereka, lansung mereka tidak kisah.

Akhir sekali apa yang menarik, kemana sahaja Tun Mahathir pergi jelas terlihat “trail of destruction” yang terjadi akibat kehadirannya.

Tahaluf Siyasi yang dibuat oleh DAP bersama Tun Mahathir nampaknya adalah satu mala petaka dan bala untuk DAP. Bagaimanakah parti DAP bersama Tun Mahathir mahu selamatkan Malaysia jika dalaman DAP akan bertambah bergolak sementara Tun Mahathir sendiri terkontang kanting meminta sedekah kerusi dari komponen yang sama.

Tulisan:
Beruang Biru
BB 284, Rabu
15 Disember 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Kerjasama Dengan Mahathir Menyulitkan DAP Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis