https://beruangbiru1.blogspot.my/ikJDfa19pVhO7IlejDZdCCpBv7mnJTcWYOwYlqRmh9Q Task Force Untuk Establish Apa Sebenar Terjadi Kepada Wang Rakyat. - Beruang Biru Task Force Untuk Establish Apa Sebenar Terjadi Kepada Wang Rakyat. - Beruang Biru
  • Berita Update

    Khamis, 16 Februari 2017

    Task Force Untuk Establish Apa Sebenar Terjadi Kepada Wang Rakyat.

    Sebaik sahaja kerajaan mengeluarkan kenyataan berhubung penubuhan Task Force atau pasukan petugas khas untuk mendapatkan semua fakta-fakta berkenaan urus niaga wang negara dan menentukan tiada penyelewengan fakta atau maklumat disembunyikan, maka terdengarlah suara sumbang yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dilakukan terhadap 1MDB.

    Ini menunjukkan mereka ini tidak sayangkan negara tetapi lebih sayangkan idola mereka. Mungkin ketika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap 1MDB, mereka ini sedang sibuk menyembah idola mereka hingga tidak sedar mengenainya.

    Referal utama pada siasatan 1MDB adalah bagi menentukan benar atau tidak dakwaan wang 1MDB telah masuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak dan dakwaan 1MDB telah lesap wangnya. Elemen yang dikehendaki berkaitan tuduhan mereka ini langsung tidak ada terhadap 1MDB.

    Jika RCI diwujudkan untuk 1MDB, keputusan sama akan tetap diperolehi, menjadikan siasatan itu hanya buang masa dan tenaga sahaja. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri tidak ada bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

    Sebaliknya skandal bertaraf mega hingga mengakibatkan kerugian dagangan wang milik rakyat melalui Bank Negara, belum pernah disiasat oleh pihak ketiga yang berautoriti. Ia sekadar siasatan untuk maklumat Perdana Menteri ketika itu dan laporannya tidak didedah kepada rakyat.

    Seolah-olah satu “cover up’ telah berlaku apatah lagi jumlah kerugian yang disebut tidak konsisten.

    Selain itu jumlah kerugian pula berkait dengan kenyataan rasmi kepada kes MAS di mahkamah dimana terdapat dakwaan penjualan dan pembelian semula MAS dari kroni Tun Mahathir iaitu Tajuddin Ramli adalah atas nama “national interest” kerana mahu menampung kerugian dagangan mata wang tersebut.

    Selain itu dakwaan Timbalan Menteri, iaitu Nur Jazlan Mohamed yang kebetulan menantu kepada bekas Gabenor Bank Negara yang telah meletak jawatan dengan membuat pengakuan “saya silap” dan mengaku BNM telah kerugian RM5.7 bilion, telah mendakwa arwah bapa mertuanya telah dipaksa membuat kenyataan silap bagi pihak lain dan kemudian terpaksa meletakkan jawatan.

    Maka dengan adanya RCI selepas penubuhan Task force itu maka nama-nama mereka yang teraniaya boleh dibersihkan. Ketika zaman pemerintahan kuku besi Tun Mahathir ramai individu menjadi mangsa kepada kerja-kerja seperti FOREX dan skandal BMF.

    Penerima arahan terpaksa memikul beban arahan kerana kesetiaan kepada pemerintah dan tugas. Maka kebenaran boleh di “establish” jika RCI diwujudkan. Hanya RCI boleh menentukan jumlah kerugian sebenar.

    Kerajaan tidak dapat menutup buku kepada kes ini kerana terdapat banyak “mismatch” dan jawapan berbeza kepada jumlah kerugian.

    Sama ada mana-mana individu akan didapati bersalah kerana berbohong fakta atau menyorok maklumat itu adalah perkara kedua, yang paling penting negara dapat mengesahkan apa sebenarnya berlaku dan paling utama adakah kecurian berlaku dengan menumpang kepada kerugian.

    Tulisan:
    Beruang Biru
    BB 286, Khamis
    16 Februari 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Task Force Untuk Establish Apa Sebenar Terjadi Kepada Wang Rakyat. Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis
    © Script Menunda Pemuatan Gambar Posting Blogger Source: http://www.iwanberbagi.com/2016/10/script-menunda-pemuatan-gambar-posting.html