DAP Sudah Tentukan Siapa PM, Bukannya Mahathir - Beruang Biru DAP Sudah Tentukan Siapa PM, Bukannya Mahathir - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Jumaat, 10 Mac 2017

DAP Sudah Tentukan Siapa PM, Bukannya Mahathir

Bukan nama Mukhriz yang naik, nama isteri Anwar Ibrahim yang dicadang oleh DAP. Ini bermakna, DAP lebih selesa bertuankan Wan Azizah daripada anak Mahathir.

Akhirnya DAP menyahut juga cabaran Dato Seri Najib untuk menamakan siapa calon Perdana Menteri pembangkang. Nama itu pun belum tentu Azmin, Mahathir dan Muhyiddin setuju.

Semalam, Mahathir menjadi berang apabila secara tiba-tiba bila Anthony Loke berkata Wan Azizah Wan Ismail boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama kita. Satu nama yang dilontar oleh DAP. Bukan menerusi mesyuarat dan keputusan konsensus semua parti dalam pembangkang.

Walaupun Mahathir hadir ke dalam Pakatan Harapan atas tiket bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno paling lama, namun apabila timbul isu memilih calon Perdana Menteri untuk pembangkang, dia masih tidak berjaya mengenepikan kuasa DAP.

Mana tidaknya, tindakan Anthony Loke membuat cadangan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri adalah penunjuk jelas bahawa pembangkang masih lagi dikuasai DAP, dan bukannya Dr Mahathir.

Mengesahkan DAP yang menjadi ketua pembangkang bukannya Mahathir. Berbanding BN yang diketuai oleh UMNO dalam Barisan Basional.

Kehadiran PPBM yang diasaskan Mahathir tak ubah sekadar untuk mencari pengaruh orang Melayu sahaja. Manakala selebihnya akan ditentukan sendiri oleh DAP.

Apabila DAP dengan sesuka hatinya memilih calon Perdana Menteri buat Pakatan Harapan, tiada mana-mana parti dalam pakatan itu berani untuk menafikan atau menentangnya.

Walaupun DAP membuat sesuatu keputusan mengikut kehendak sendiri dan tidak melibatkan konsesus, namun parti-parti pembangkang jelas masih takut untuk menegur DAP.

Inilah petunjuk bahawa DAP berkuasa mutlak untuk menentukan sesebuah keputusan kepada Pakatan Harapan.

DAP adalah nakhoda kapal pembangkang sekarang. Halatuju pakatan ali baba pembangkang ini DAP yang tetapkan. Mahathir hanya penumpang sahaja dalam kapal DAP itu.

Pelik dan huru hara jadinya kapal begini. Biarpun mereka cakap kapten kapal mereka adalah Wan Azizah, tetapi yang memacu nakhoda kapal adalah DAP.

Kapal sebegini tidak akan ke mana mana destinasi sebab DAP sedang menunggu masa sahaja untuk merampas jawatan kapten kapal (Perdana Menteri).

Mahathir juga tidak akan ke mana mana selagi anaknya tidak jadi kapten kapal selagi itulah perjuangannya tidak pernah akan selesai.

Tulisan :
Beruang Biru
BB323, Jumaat
10 Mac 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: DAP Sudah Tentukan Siapa PM, Bukannya Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis