Najib Arkitek Ketenteraan Moden Malaysia, Bukannya Mahathir - Beruang Biru Najib Arkitek Ketenteraan Moden Malaysia, Bukannya Mahathir - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Jumaat, 24 Mac 2017

Najib Arkitek Ketenteraan Moden Malaysia, Bukannya Mahathir

Dalam keriuhan deruman enjin pesawat di LIMA 17, para penyokong Mahathir tiba-tiba mendabik dada apabila idola mereka mengunjungi pameran aeroangkasa terbesar negara itu.

Jolokan 'pengasas LIMA' menjadi buah mulut untuk membenarkan mereka memuji dan memuja Pengerusi parti bunga itu.

Namun jika itu sahaja yang menjadi modal keriuhan mereka, maka ternyata ceteklah benar cara mereka menafsir kejayaan seseorang.

Ramai tidak tahu, pemimpin sebenar yang layak digelar arkitek ketenteraan moden Malaysia adalah Dato Seri Najib Tun Razak sendiri. Dengan rekod dua kali dilantik sebagai Menteri Pertahanan (1990-1995 & 1999-2008), beliau telah memanfaatkan dana kerajaan untuk pelaburan ketenteraan moden dengan membeli pelbagai jenis aset canggih.

Antara aset moden ketenteraan yang diperoleh sepanjang Najib menjadi Menteri Pertahanan ialah seperti pesawat pejuang moden, Sukhoi SU-30MKM, MiG-29N, jet pejuang F/A-18D Hornet, dan jet latihan lanjutan MB-339C untuk pertahanan udara.

Ramai mungkin tidak sedar bahawa perolehan 4 pesawat pengangkut tercanggih A400M yang dilengkapkan dalam acara LIMA2017 sekarang ini, turut disempurnakan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan pada 2005.

Dalam melindungi aset di darat dari serangan udara, Najib memperoleh sistem yang tercanggih pada waktunya seperti Starburst yang kemudian digantikan dengan sistem yang lebih moden seperti Jernas dan Igla.

Bagi segmen Pertahanan laut, Najib menjadi perintis kepada perolehan Kapal ronda generasi baru atau NGPV, kapal LCS (Littoral Combatant Ship), kapal selam Scorpene, Frigate kelas Jebat dan Kapal Korvet Kelas Kasturi.

Kapal selam yang pembangkang selalu kata tidak nampak dan tidak boleh selam itulah yang Arab Saudi datang dan hendak belajar ilmunya. Ternyata tuduhan pembangkang itu meleset sama sekali.

Untuk segmen Pertahanan darat, Najib menjadi pelopor kepada perolehan kereta kebal utama PT-91M "Pendekar", kereta perisai ACV-300S Adnan, sistem pelancar roket berganda (MLRS) Astros, sistem peluru berpandu anti kereta kebal seperti Metis M dan Baktar-Shikan.

Malah walaupun sudah hampir 10 tahun meninggalkan portfolio terpenting itu, namun jiwa dan minat Najib dalam bidang ketenteraan masih menebal di hati sanubarinya sehingga ke hari ini.

Inilah yang membezakan antara Najib dan Mahathir dalam bidang ketenteraan dan pertahanan negara kita. Bukan hanya sekadar melihat tentang siapa pengasas LIMA, namun ia harus dipandang dalam konteks yang lebih luas daripada itu.

Apapun, syabas diucapkan kepada Najib kerana sekali lagi mengalahkan Mahathir dalam bidang pertahanan negara, sekali gus layak diangkat sebagai 'arkitek ketenteraan moden Malaysia'.

Tulisan :
Beruang Biru
BB345, Jumaat
24 Mac 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 ulasan:

    1. Mahathir arkitek perpecahan melayu kat Malaysia nie, pertama UMNO & Semangat 46, kedua UMNO & PKR, ketiga UMNO & Parti Bunga, dasat wooh...

      BalasPadam

    Item Reviewed: Najib Arkitek Ketenteraan Moden Malaysia, Bukannya Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis