https://beruangbiru1.blogspot.my/ikJDfa19pVhO7IlejDZdCCpBv7mnJTcWYOwYlqRmh9Q Cina PKR Boleh Sokong RUU, Kenapa DAP Tak Boleh Sokong? - Beruang Biru Cina PKR Boleh Sokong RUU, Kenapa DAP Tak Boleh Sokong? - Beruang Biru
  • Berita Update

    Khamis, 13 April 2017

    Cina PKR Boleh Sokong RUU, Kenapa DAP Tak Boleh Sokong?

    Watikah dari penjara oleh Anwar Ibrahim sekali lagi mengegarkan senario politik tanah air. Kali ini Ketua Umum PKR itu bertindak tidak sehaluan dengan pendirian DAP berkaitan pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) oleh PAS.

    Bak pepatah Melayu "Bapa Borek Anak Rintik", PKR menjadikan pandangan Anwar itu sebagai pendirian rasmi parti sekali gus membuktikan para pemimpin Cina dan India dalam PKR turut menyokong RUU 355 berkenaan.

    Peliknya, walaupun berada dalam satu pasukan Pakatan Harapan, namun DAP, PAN, PPBM dan PKR tidak mampu 'sebulu' dalam isu ini. DAP dan PAN contohnya telah menjadi pihak yang paling bersungguh-sungguh menentang pindaan ini.

    Kenapa DAP khususnya tidak mampu untuk memberi sokongan sedangkan pemimpin Cina dalam PKR telah membuktikan bahawa mereka tiada masalah untuk menyokong?

    Hanya Rafizi Ramli seorang sahaja dari PKR yang tidak setuju dengan pindaan RUU355 ini.

    Jika alasan RUU itu adalah hukum hudud atau RUU itu masih lemah dari segi pelaksanaan hingga menyebabkan DAP membantahnya, kenapa pula Cina PKR tidak bertindak sedemikian sekali gus mendokong pendapat Anwar?

    Maka jelas kepada kita penentangan terhadap pindaan RUU ini bukanlah disebabkan oleh pelaksaan kurang mantap atau ia dibayangi sebagai hukum hudud, tetapi DAP bersama-sama 'macainya' PAN ada agenda tersirat berkaitan usaha memartabatkan Islam.

    Para pemimpin Cina dalam PKR pula mungkin tersepit dengan kenyataan Anwar dari dalam penjara. Jika mereka menentang secara terang-terangan, pasti nasib politik mereka dalam PKR akan terkubur begitu sahaja.

    Sesungguhnya DAP memerlukan pengaruh orang Melayu. Anwar juga faham menolak RUU355 akan menjadikan PKR tidak popular. Namun apabila timbul isu RUU 355 ini, pekung di dada masing-masing mula timbul.

    Keluarga Pakatan Harapan akhirnya sudah menjadi 'Keluarga 69' dimana sesama mereka sudah saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

    Patutlah susah sangat hendak pilih orang nombor 1 dan nombor 2 dalam PH. Sesama mereka masih bercakaran sesama sendiri.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB383, Khamis
    13 April 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Cina PKR Boleh Sokong RUU, Kenapa DAP Tak Boleh Sokong? Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis
    © Script Menunda Pemuatan Gambar Posting Blogger Source: http://www.iwanberbagi.com/2016/10/script-menunda-pemuatan-gambar-posting.html