https://beruangbiru1.blogspot.my/ikJDfa19pVhO7IlejDZdCCpBv7mnJTcWYOwYlqRmh9Q Semua Yang Tony Pua Cakap Tak Boleh Pakai - Beruang Biru Semua Yang Tony Pua Cakap Tak Boleh Pakai - Beruang Biru
  • Berita Update

    Rabu, 12 April 2017

    Semua Yang Tony Pua Cakap Tak Boleh Pakai

    Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sekali lagi bikin kecoh. Mungkin disebabkan sejak kebelakangan ini DAP berdepan dengan serangan kiri dan kanan kerana menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, maka beliau sekali cuba bermain politik.

    Kali ini Pua telah menulis kenyataan fitnah bertajuk "BN Govt Abandons all Bills to give precedence to PAS' RUU355 Private Member's Bill" atau kerajaan BN mengabaikan semua Rang Undang-Undang bagi memberi keutamaan kepada Rang Undang-Undang Ahli Persendirian RUU355 oleh PAS.

    Disebabkan fitnah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil tindakan tegas mendesak Pua memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang dimuat naik di laman Facebook beliau pada 6 April lalu.

    Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Pua itu tidak boleh dipakai.

    Dulu masa isu mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hangat diperkatakan, Pua pernah mencabar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika itu, Arul Kanda untuk berdebat.

    Namun akhirnya debat itu tidak jadi kerana beliau enggan melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) padahal pada masa itu PAC sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

    Jadi sudah tentu ia menjadi prejudis jika Pua berdebat dengan Arul, iaitu orang yang terlibat dalam siasatan berkenaan.

    Selain 1MDB, Pua juga pernah dikecam kerana menganggap penjawat awam sebagai membebankan.

    "Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Pua yang dipetik Malaysiakini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, pada Oktober tahun lepas.

    Bukan itu sahaja, pada 2011, beliau pernah mengumumkan perancangan DAP untuk mengecilkan saiz kakitangan awam.

    Ternyata sikap yang ditunjukkan oleh beliau itu menunjukkan gambaran pemikiran DAP terhadap kakitangan awam di negara ini.

    Pua juga pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau mengaku pernah bertemu Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

    Pengakuan itu dibuat dalam satu sidang media pada 22 Julai 2015 selepas bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi mendakwa beberapa pemimpin pembangkang telah bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo di London antara tahun 2012 dan 2013.

    Pertemuan itu adalah bagi mendapatkan maklumat untuk memburuk-burukkan kerajaan dalam isu 1MDB dan nama Pua tersenarai sebagai antara pemimpin pembangkang itu.

    Justo yang menjalani hukuman penjara di Bangkok pernah membuat pengakuan mengenai dokumen 1MDB yang diubah suai dan ditawarkan AS$2 juta bagi curi data.

    Jika mahu disenaraikan, banyak yang boleh dibangkitkan di sini namun walaupun hanya beberapa contoh diberikan, ia sudah cukup untuk menjelaskan siapa sebenarnya Pua.

    Beliau sebenarnya sedang cuba untuk bermain politik, apatah lagi pilihan raya umum semakin hampir. Jika mahu lihat lagi apa mainan politiknya pada masa lalu, buatlah carian di Google dan anda akan tahu siapakan Pua ini.

    Apa yang Tony Pua cakap tidak boleh dipakai. Lagi 6 hari masa untuk Tony Pua tarik balik fitnah itu. Jangan percaya apa yang dituturkan Tony Pua, ianya cerita karut, tiada krebidiliti dan bohong.

    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB380, Rabu
    12 April 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Semua Yang Tony Pua Cakap Tak Boleh Pakai Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis
    © Script Menunda Pemuatan Gambar Posting Blogger Source: http://www.iwanberbagi.com/2016/10/script-menunda-pemuatan-gambar-posting.html