PH: Logo Pun Buruk, Calon PM Tentulah Teruk - Beruang Biru PH: Logo Pun Buruk, Calon PM Tentulah Teruk - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Khamis, 11 Mei 2017

PH: Logo Pun Buruk, Calon PM Tentulah Teruk

Lukis logo atas kertas tisu. Kedengaran bunyinya seperti tidak munasabah tetapi itulah yang berlaku dalam proses Pakatan Harapan (PH) untuk memperkenalkan logo baru mereka.

Ya, logo yang dilukis atas kertas tisu itu antara 300 lebih cadangan logo yang diterima oleh PH selepas tiga logo PH yang dicadangkan sebelum ini dikutuk ramai sehinggakan seorang artis Yee I-Lann menyifatkan logo-logo itu begitu "teruk" dan melabelnya sebagai “darurat negara".

Kalau dalam proses mereka logo juga dibuat sambil lewa dan tidak profesional, maka sudah tentu kita boleh membayangkan bagaimana dengan proses penetapan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri (PM) jika PH menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Sampai sekarang mereka gagal menamakan siapa PM. Dulu Mahathir Mohamad menamakan Muhyiddin Yassin tetapi akhirnya beliau menukar nada dengan Muhyiddin boleh memimpin, tetapi dalam parti saja, tidak layak jadi PM.

12 November 2016, PAN minta namakan segera calon PM sebelum Anwar bebas. 15 Disember 2016, Nurul Izzah kata kena buat mesyuarat khas pilih calon PM. Sampai sekarang mesyuarat masih belum buat.

16 Disember 2016, Kit Siang kata Mat Sabu setuju pilih Wan Azizah bakal PM dan Muhyiddin sebagai TPM. 20 Disember 2016, Saifuddin Abdullah sanggah kenyataan Kit Siang. Dia kata PH tidak bersetuju lantik Muhyiddin sebagai TPM.

21 Disember 2016, Rafizi marah semua orang, minta henti mainkan isu siapa hendak jadi PM. 22 Disember 2016, Mahathir pula cadang Muhyiddin sebagai PM.

Anthony Loke selepas itu kata, DAP pernah cadang Anwar jadi PM. Drama ini muncul balik bila Zaid Ibrahim pula pada 9 Mei lepas cadang Mahathir jadi PM.

10 Mei 2017, Azmin tidak setuju Mahathir jadi PM sekali lagi. Azmin juga tidak setuju Wan Azizah dan dia hanya kata ada calon PM yang lagi baik. Hendak cakap diri sendirilah itu.

Azmin memberitahu PH sudah ada calon PM tetapi ia tidak akan diumumkan buat masa ini. Sekali lagi beliau cuba berselindung.

Manakala sebulan lepas, Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke pernah menyatakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.

Begitulah teruknya PH mahu memilih satu nama sebagai calon PM. Berhempas pulas dan pecah kepala mereka hendak menamakan satu nama sahaja sebagai PM.

Banyak pula nama dibangkitkan sebagai calon Perdana Menteri tetapi bukan semua parti dalam gabungan itu bersetuju dan keadaan ini sekali gus menunjukkan bahawa mereka tidak berani membuat keputusan mengenai perkara paling dasar.

Inilah yang membezakan PH dengan UMNO, ia umpama langit dengan bumi. Nak pilih logo pun bermasalah sedangkan logo melambangkan kekuatan sesebuah parti.

Tengok macam mana UMNO memilih logonya. UMNO memastikan logo itu mempunyai maksud tersendiri dan ia melambangkan UMNO sebagai parti yang mempertahankan agama, raja, bangsa, dan negara. Pandangan ulama, cendikiawan dan orang alim diambil kira untuk reka logo UMNO.

Berbeza dengan Pakatan Harapan, sampai sekarang isu logo masih belum selesai. Ulama dan orang akademik bukan jadi rujukan PH. Logo PH hanya dilakar atas kertas tisu tandas sahaja.

Hari ini UMNO menyambut ulang tahun ke-71. Biarpun sudah menjangkau usia tujuh dekad, UMNO sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang bentuk perubahan yang positif. Dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya", UMNO terus berjuang menyatupadukan rakyat.

Tapi apa yang Pakatan Harapan lakukan kepada rakyat dan negara? Apa yang boleh kita harapkan kepada Pakatan Harapan? Berapa banyak pemimpinnya yang sering "U Turn" dalam kenyataan mereka dan suka suka menukar pendirian?

Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Cipta logo pun sudah riuh sekampung, inikan pula nak menentukan siapa Perdana Menterinya. Tentunya calonnya juga seorang yang teruk.

Sekarang ini pakatan ini pakat pakat gaduh pilih logo dan calon PM. Jangan bagi mereka undi satu pun. Nanti mereka pakat pakat gaduh rebut harta pula. KWSP, Mara, Tabung Haji, KWAP, PNB inilah harta yang DAP mahu rebut nanti.

Tulisan :
Beruang Biru
BB421, Khamis
11 Mei 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: PH: Logo Pun Buruk, Calon PM Tentulah Teruk Rating: 5 Reviewed By: Budak Optimis