Negeri Kristian, Buka Puasa LGBT & Umpan Kurma Adalah Agenda Halus Evangelis DAP - Beruang Biru Negeri Kristian, Buka Puasa LGBT & Umpan Kurma Adalah Agenda Halus Evangelis DAP - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Isnin, 19 Jun 2017

Negeri Kristian, Buka Puasa LGBT & Umpan Kurma Adalah Agenda Halus Evangelis DAP

Ketika Ramadan memasuki 10 hari terakhir, banyak pula dugaan datang kepada umat Islam di Malaysia. Pada awal Ramadhan dulu ada pihak mahu anjur Jerusalem Jubilee dan penghinaan akhbar The Star terhadap umat Islam yang sedang bersolat yang dikaitkan dengan pengganas.

Agenda puak Evangelis ini amat halus dan terancang. Jarumnya sudah menyucuk di merata tempat. Merasuk kumpulan LGBT dan Gay agar menyanggah hukum Al Quran. Juga merebak hingga ke Bazar Ramadhan dengan mengumpan kurma untuk tagih undi politik.

Serta yang lebih bahaya, hingga ke Dewan Negara mempersoalkan pihak yang mahu gagalkan agenda mereka menjadikan Penang sebagai bandar Kristian.

Di Pulau Pinang, dikhabarkan ada usaha untuk menjadikan negeri itu menjadi sebuah bandar Kristian kerana di negeri itu terdapat kumpulan Evangelis Kristian yang kuat serta ada hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Ada satu cadangan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian dijadikan agama rasmi negara Malaysia. Isu ini dibangkitkan dalam satu sesi perbahasan dalam Dewan Negara di Parlimen apabila seorang Senator lantikan parti DAP, Senator Dr Ariffin SM Omar berpendapat tiada masalah untuk cadangan itu dilaksanakan.

Ia nyata mencetuskan kemarahan orang Islam kerana Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 dengan jelas meletakkan agama Islam sebagai  agama bagi persekutuan. Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan mencabar institusi raja yang menjaga kesucian agama dan umat Islam  di negara ini.

Kemudian, ada pula majlis berbuka puasa yang diadakan khas untuk golongan yang menyokong Lesbian, Gay, Bisex, Transgender (LGBT) dianjurkan oleh Kempen Pelangi yang diketuai oleh Ketua Organisasi DAPSY Subang, Numan Afifi pada 10 Jun lepas.

Numan Afifi yang juga merupakan Naib Presiden NGO Challengger yang diasaskan oleh Syed Saddiq (Ketua Armada PPBM) menganjurkan majlis buka puasa dengan LGBT itu di pejabat Loyar Burok di Bangsar.

Numan juga berbangga apabila majlis iftar yang dihadiri oleh pengamal budaya songsang yang dilarang oleh Islam itu berjaya diadakan. Sampai begitu sekali kemaruk DAP dan PPBM mahukan undi. Bersekongkol dengan mereka songsang dan jelas mencerca hukum agama.

12 Mei 2017, Bekas Peguam Anwar Ibrahim, Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa perbuatan homoseksual tidak salah. Ini kerana menurutnya, tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadith yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual.

Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadith hanyalah hukum untuk perbuatan liwat kata Muhammad Afiq. Inilah kumpulan gay yang diajak buka puasa oleh Melayu yang diperkudakan DAP ini.

Kemudian, kejadian Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong yang dihalau oleh orang ramai kerana mengagihkan kurma di sebuah bazar Ramadan. DAP sengaja buat kontroversi dan provokasi ketika umat Islam sedang berpuasa.

Padahal DAP juga yang halang peniaga bazar Ramadhan itu berniaga di situ pada awalnya. Kurma DAP itu juga… Read more
[15:33, 7/4/2017] +60 13-955 3502: 10 Hujah Kenapa Dakwaan DoJ Hanya Konspirasi

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat telah menyenaraikan maklumat kononnya penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia bukannya sesuatu yang baru, diulang tayang perkara sama sejak 20 Julain2016. Hanya kenyataan dan tuduhan sahaja dibuat. Tidak ada saman yang dibuat.

Menyerlahkan ianya hanyalah satu konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut adalah 10 hujah kenapa dakwaan DOJ itu hanyalah satu konspirasi.

1 - Apa yang didakwa oleh DOJ hanyalah dakwaan semata-mata. Ia ditulis sebagai kenyataan akhbar dan ucapan sahaja berdasarkan aduan awam. Selagi dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan sehingga mahkamah membuat penghakiman, ia tidak membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat dalam aduan ini adalah benar.

Jika ada bukti bagi setiap dakwaan, sudah tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan. Aset dirampas mengikut Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat. Sampai sekarang, tiada siapa pun didakwa.

2 - Jabatan Peguam Negara, Malaysia sehingga kini tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu "berlaku pada ulang tahun saman pertama. Dalam kata mudah, ia merupakan tindakan ulangan sahaja.

3 - 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang.

Selepas semakan, pihak berkenaan mendapati tiada jenayah dilakukan. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

4 - Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur tidak disebut dalam tindakan sivil berkenaan. Malah DoJ langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Hanya mencipta terma MO1 sahaja untuk cetuskan persepsi semata mata.

5 - Tiada bukti Datin Seri Rosmah pernah menerima berlian berharga US$27 juta. Kononnya butiran berlian itu menarik perhatian ramai namun mana buktinya ia adalah untuk Rosmah? Nama beliau tidak disebut pun dalam tindakan sivil berkenaan.

Ini sama seperti dakwaan Rafizi dahulu, yang akhirnya hanya berkata tuduhan itu hanyalah lawak sahaja.

Disebabkan fitnah itu, Datin Seri Rosmah telah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.

6 - Walaupun terdapat rujukan mengenai MO1 tetapi DoJ tidak menamakan siapa MO1. Ini kerana aduan yang dibuat tidak mempunyai maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan kesalahan jenayah seperti yang disebut dalam laporan itu. Mengapa tidak namakan terus Datuk Seri Najib? Ini bukti dakwaan DoJ itu tiada asas dan hanya konspirasi sahaja.

7 - 1MDB berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama bersama Petro Saudi. 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB.

8 - Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan DoJ memfailkan sekali lagi saman sivil itu tanpa meminta kerjasama kerajaan Malaysia adalah terpesong dan menimbulkan keraguan.

Saman sivil terbaharu itu, kata Tunku Aziz tidak boleh dipercayai dan boleh dianggap satu konspirasi.

9- Pendedahan tidak berasas DoJ ke atas pemimpin negara ini hanya mahu menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara termasuk membangkitkan semula kes salah laku dalam 1MDB yang telah selesai.
Kalau ada pihak termasuk DoJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara.

10 - Genap setahun selepas pendedahan kali pertama oleh DoJ, kini tindakan sivil terbaru dikemukakan. Tindakan ini seperti yang dilakukan setahun lalu tetapi rakyat Malaysia tidak `ghairah' membicarakannya dan berita mengenainya hanya berlegar di kalangan pembangkang dan media mereka sahaja.

Dan sejak pengumuman pertama tindakan sivil itu tahun lepas, dalam tempoh setahun itu, Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediannya untuk mempertimbang memegang semula jawatan Perdana Menteri. Tidakkah anda nampak kaitannya?

Pihak pembangkang terutamanya DAP jawab dan saman dulu Dr Zuhdi yang jelas dan terang dakwa DAP dapat RM1.2 billion dari Israel.

Kenyataan DoJ ini sudah setahun, saksi pun belum dipanggil untuk siasat dna sahkan kebenaran. Dibawa ke mahkamah pun belum. Hanya kenyataan sahaja. Lepas kes RM9.5 juta tidak jalan, datang pula DoJ "recycle story" lama.



Tulisan :
Beruang Biru
BB472, Isnin
19 Jun 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Negeri Kristian, Buka Puasa LGBT & Umpan Kurma Adalah Agenda Halus Evangelis DAP Rating: 5 Reviewed By: Beruang Biru