Ahli UMNO Diingatkan Supaya Waspada Dengan Strategi Musuh - Beruang Biru Ahli UMNO Diingatkan Supaya Waspada Dengan Strategi Musuh - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Jumaat, 4 Ogos 2017

Ahli UMNO Diingatkan Supaya Waspada Dengan Strategi Musuh

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak terpe­rangkap sama sekali dengan strategi musuh khususnya Pakatan Harapan diketuai DAP, yang tanpa henti mewujudkan keretakan dalam parti Melayu itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, fitnah terbaharu adalah tuduhan pengerusi pakatan tersebut, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang kononnya memohon sokongan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Ini satu lagi percubaan Dr. Mahathir untuk menanam rasa syak wasangka dalam kalangan ahli UMNO, ia sama seperti tindakannya mendakwa RM42 bi­lion wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hilang atau lesap, semata-mata mahu mengapi-apikan ahli UMNO.

“Alhamdulillah, ahli UMNO tetap istiqamah, solidariti dan tidak mudah terpesong de­ngan tipu muslihat Dr. Mahathir. Apatah lagi kini bekas Perdana Menteri itu mengakui tidak memusuhi DAP yang dulunya beliau serang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Annuar, pusingan U Dr. Mahathir itu bermakna beliau tidak berkata benar ketika me­nuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin UMNO kerana kesalahan moral yang mengaibkan.

Tambah beliau, begitu juga tuduhan-tuduhan Dr. Mahathir terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengenai campur tangan asing dalam negara ini.

“Sekiranya begitu mudah Dr. Mahathir membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pendekatan kerajaan yang pro rakyat meresahkan pakatan pembangkang yang berhempas pulas menyemai rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan fokus sepenuhnya melalui pendekatan kerajaan pro rakyat yang membela nasib rak­yat di segenap lapisan.

“Kita menyambut baik beberapa pengumuman kerajaan berhubung isu kebajikan vete­ran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), projek Transit Aliran Massa (MRT) dan bantuan kepada peneroka Felda. Ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang begitu pro DAP, dan bergerak di bawah kawalan dan dasar junju­ngan parti itu yang menggunakan pendekatan menakutkan rakyat menerusi isu yang mereka kitar berulang kali untuk mengaburi mata semua orang,” katanya

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Ahli UMNO Diingatkan Supaya Waspada Dengan Strategi Musuh Rating: 5 Reviewed By: Beruang Biru