Menang di Shah Alam, Menanglah Di Selangor - Beruang Biru Menang di Shah Alam, Menanglah Di Selangor - Beruang Biru

728x90 AdSpace

Kemas Kini
Isnin, 7 Ogos 2017

Menang di Shah Alam, Menanglah Di Selangor

Diam Azmin Ali semalam bila Datuk Seri Najib laungkan slogan "Rampas Selangor, bermula di Shah Alam" ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Shah Alam.

"Kita perlu rempuh Shah Alam dan rampas semula Selangor dalam PRU14 nanti" kata Datuk Seri Najib.

Azmin dilihat tidak memberi respon, hanya diam sahaja. Diam, itulah juga taktik yang Azmin guna terhadap isu-isu yang semakin banyak tidak diselesaikan di Selangor.

Isu lebihan bayaran terhadap Splash, isu tanah Wetlands, isu skim YAWAS, isu kos pintu gerbang, masalah air dan sampah serta masalah denggi di Selangor.

Semua isu ini sudah jadi liabiliti kepada kerajaan Azmin Ali. Isu isu ini juga akan menjadi sebab utama pakatan pembangkang akan kalah di negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Tindakan Azmin terus menerus membiarkan isu di negeri Selangor bertambah tambah tanpa diberikan penjelasan membuatkan rakyat sudah semakin muak dengan strategi diam yang digunakan Azmin.

Semalam, genderang perang sudah dipalu di Selangor menerusi ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Shah Alam, semalam.

Najib mahu BN menang di kawasan Parlimen Shah Alam kerana jika menang di situ, BN akan berjaya menang menawan kembali Selangor.

Katanya, usaha untuk mendapatkan kembali Selangor perlu bermula di Shah Alam kerana kedudukannya sebagai ibu negeri. Kehadiran Najib ke sana adalah untuk membawa mesej politik bahawa ada perubahan mesti dilakukan jika mahu kembali berkuasa di Selangor.

"Memang tujuan saya tidak lain tidak bukan untuk menghantar satu mesej politik. Kalau kita nak BN kembali berkuasa dan menerajui Selangor, perubahan itu mestilah lahir, berputik dan seterusnya berkembang menjadi gelombang kuat bermula di Parlimen Shah Alam ini.

"Umpamanya menang di Shah Alam menanglah di Selangor. Kita sebagai sebuah parti mestilah melakukan perubahan yang dituntut oleh masyarakat umum kerana dalam demokrasi berparlimen, ia bergantung kepada game of numbers (jumlah undi).

"Justeru, dalam kita mahu menjamin kejayaan, kita mesti letakkan minda kita ini seperti parti pembangkang.

"Dan sebagai parti pembangkang (di Selangor), kita tidak seharusnya dalam zon selesa," katanya dalam ucapan itu.

Isu tanah di Paya Indah Wetland, isu kubah Masjid Shah Alam dan juga isu pintu gerbang Kota Darul Ehsan semuanya masih tidak dijawab Azmin Ali sehingga hari ini. Laporan Audit Negara juga mendedahkan kerugian berjuta juta ringgit syarikat kerajaan negeri Selangor.

Isu yang cuba disorok oleh Azmin tapi bawa lebih banyak keretakan pakatan di Selangor ialah isu dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) kerana ia beri kesan langsung kepada rakyat yang sepatutnya dapat faedah tapi gagal kerana salah guna kuasa dalam kerajaan negeri.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri, hanya 36 soalan sahaja mampu dijawab oleh kerajaan Azmin Ali daripada 258 soalan yang ditanya dalam sidang DUN. Hanya 13.9% sahaja soalan mampu dijawab, yang lain Azmin gunakan strategi diam dan menyepi. Demokrasi apakah ini?

Sampai bila Azmin boleh diam? Azmin juga gagal menubuhkan organisasi Pakatan Harapan (PH) seperti yang negeri lain lakukan kerana di Selangor masih guna Pakatan Rakyat. Mana satu Azmin hendak ikut?

Di peringkat pusat terima jawatan Naib Presiden Pakatan Harapan, tetapi di Selangor masih iktiraf PAS dan Pakatan Rakyat.

Penyokong pembangkang di negeri itu pun sudah bosan kerana kegagalan Azmin menyelesaikan masalah dalam negeri. Geng Otai Reformasi sudah muak dan khabarnya mahu membalun Azmin pula selepas ini.

Sudah dua penggal dah pembangkang diundi untuk perintah Selangor.
Terbukti menjadi YB bukan untuk rakyat tetapi hanya untuk kuasa sahaja.

Mereka menukar Menteri Besar sampai terpaksa buat Pilihan Raya Kecil (PRK). Entah entah selepas ini kalau PH kuasai Selangor, siapa pula akan rebut harta rakyat di Selangor.

Orang Selangor kena ingat, Selangor hari ini bukan lagi negeri terkaya di Malaysia. Bukan negeri yang gah lagi bergelar Gergasi Merah di padang bolasepak.

Semuanya tidak menjadi sejak pakatan pembangkang kuasai negeri Selangor. Hanya layak jadi negeri juara denggi, juara krisis air dan sampah sahaja sekarang ini.

Rakyat Selangor yang boleh kembalikan semula nama Selangor Darul Ehsan. Cukup cukuplah beri dua penggal pada mereka. Bagi balik pada BN pada PRU14 demi maruah Selangor.

Rempuh Shah Alam dan Selangor dengan memberi undi kepada BN pada PRU14. Hanya undi sahaja mampu kembalikan semula maruah negeri Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB527, Isnin
7 Ogos 2017

BERITA TERKINI

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: Menang di Shah Alam, Menanglah Di Selangor Rating: 5 Reviewed By: Beruang Biru