https://beruangbiru1.blogspot.my/ikJDfa19pVhO7IlejDZdCCpBv7mnJTcWYOwYlqRmh9Q VIDEO -Ucapan Perdana Menteri Majlis Pecah Tanah ECRL - Beruang Biru VIDEO -Ucapan Perdana Menteri Majlis Pecah Tanah ECRL - Beruang Biru
  • Berita Update

    Rabu, 9 Ogos 2017

    VIDEO -Ucapan Perdana Menteri Majlis Pecah Tanah ECRL




    ECRL projek berteraskan rakyat: PM
    KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak optimis projek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dapat disiapkan pada 2024.

    Perdana Menteri berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan Chinese Communications Construction Company Ltd berupaya menjayakan projek untuk rakyat itu seperti yang ditetapkan.

    Beliau berkata, projek pengangkutan ECRL, Transit Aliran Massa (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjadi kunci transformasi negara mencapai status negara maju dan menyediakan gaya hidup moden kepada rakyat.

    "Ini adalah projek berteraskan rakyat dan kita sasarkan 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030," katanya.

    Najib berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah projek ikonik Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) di Stesen Utama KotaSAS di sini, hari ini.

    Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Razif Abdul Rahman; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, Kaunselor Negara China, Wan Yong; Timbalan Menteri Luar China, Zhang Min, dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

    Turut hadir, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Pengerusi China Communications Construction Groups Ltd, Liu Qitao; dan Pengarah Eksekutif KotaSAS Sdn Bhd, Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim.

    Projek ECRL membabitkan laluan rel kereta api sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang, Selangor merentasi sebahagian Pahang, Terengganu hingga ke Tumpat, Kelantan.
    Projek mega bernilai kira-kira RM55 bilion itu adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo yang berkemampuan memendekkan perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Gombak, Selangor hanya kira-kira lima jam.

    Ia sekali gus berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi sehingga 1.5 peratus bagi negeri di Pantai Timur seterusnya menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Item Reviewed: VIDEO -Ucapan Perdana Menteri Majlis Pecah Tanah ECRL Rating: 5 Reviewed By: Beruang Biru
    © Script Menunda Pemuatan Gambar Posting Blogger Source: http://www.iwanberbagi.com/2016/10/script-menunda-pemuatan-gambar-posting.html