Analisis 2014-2017, Ringgit Malaysia Kembali Beraksi Pada Tahun Ini Sejak Mengalami Penyusutan Bertahap

Sejak 3 tahun kebelakangan Malaysia mengalami penyusutan nilai ringgit yang ketara. Ringgit mula mengalami penyusutan semenjak Ogos tahun 2014. Nilai tukaran pada ketika itu ialah RM3.16 berbanding USD. Nilai ringgit terus menyusut pada tahun 2015 iaitu pada RM4.29/USD. Pada akhir tahun 2016 ringgit Malaysia jatuh ke paras yang terendah iaitu pada RM4.49/USD sejak krisis kewangan Asia pada 1998 yang bersamaan RM3.8718 berbanding USD. Pada hari ini 23 November, nilai matawang ringgit telah naik ke paras tertinggi dalam 14 bulan berbanding US dolariaitu pada RM4.1100/USD didorong daripada sentimen tempatan yang positif.

Kukuh atau tidak sesebuah ekonomi bergantung pada banyak faktor seperti KDNK,kadar pengangguran, inflasi dan sebagainya. Turun naik sesuatu matawang adalah disbebakan pergerakan yang berlaku pada kadar pertukaran.
Kadar tukaran wang asing atau ‘foreign exchange’ adalah transaksi yang melibatkan tukaran matawang sesebuah negara kepada matawang negara lain. Nilai matawang itu menjadi naik atau turun ialah bergantung kepada faktor-faktor permintaan dan tawaran terhadap kadar tukaran tersebut. Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar tukaran ialah kadar inflasi negara, kadar bunga, spekulator, kestabilan politik, campurtangan kerajaan dan pelabur asing .

Faktor penyusutan matawang ringgit sejak 2014 adalah berdasarkan faktor-faktor berikut ;

1. Kejatuhan harga minyak dunia.

Pada akhir tahun 2014, harga minyak dunia mula mengalami kejatuhan yang mendadak. Pada November 2014, harga minyak berada pada paras USD89.08 setong dan secara beransur-ansur menurun sehingga ke paras bawah USD40 setong pada tahun 2016. Hal ini telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah. Apabila minyak mentah jatuh maka hasil eksport petroleum Malaysia akan berkurangan kesannya ia akan menjejaskan matawang komoditi seperti ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia sangat berkait rapat dengan harga minyak mentah global kerana pergantungan negara yang tinggi terhadap bahan mentah.

Formula mudah, apabila harga minyak mentah jatuh, ringgit juga akan jatuh dan apabila harga minyak mentah naik ringgit juga akan naik. (tanpa mengambil kira faktor-faktor lain)

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, malahan kepada ekonomi utama dunia dan ekonomi negara membangun turut terkesan sehingga memnyebabkan kejatuhan matawang.

2. Pengukuhan nilai Dolar Amerika Syarikat (USD)

Sejak tahun 2006, Federal Reserve (Fed) mula menurunkan kadar faedah (Federal Funds Rate) secara perlahan-lahan sehinggalah pada tahun 2008. Hal inilah bertujuan untuk membangunkan ekonomi Amerika Syarikat akibat krisis kewangan tahun 2008 yang menimpa ekonomi US. Penuran kadar faedah bermaksud US sedang melaksanakan monetari polisi yang longgar. Namun perlaksanaan monetari ini tidak kekal lama kerana tidak mencapai kriteria yang diharapkan.

Tindakan lanjutan yang seterusnya ialah melaksanakan dasar ‘Quantitative Easing (QE)’ iaitu pembelian semula aset kewangan yang beratus billion seperti hutang rumah. Kesannya nilai matawang US mula melemah ketika ini akibat tarikan modal daripada pelabur. Proses ini terus berlangsung sehingga akhir 2013. Pada tahun 2014, Fed mula mengurang QE secara berperingkat dan menamatkannya pada suku terakhir tahun 2014 .

Pada tahun 2015, Fed telah mengetakan dasar monetari polisi dengan menaikkan kadar faedah. Pada tahun 2017 sehingga kini, kadar faedah telah dinaikkan kepada 1.25% dan dijangka akan dinaikkan lagi pada bulan hadapan dan beberapa kali secara bertahap pada tahun 2018. Hal ini menyebabkan para pelabur mula mengalihkan pelaburan mereka ke U.S seperti dengan membeli bon Amerika Syarikat. Ini menyebabkan nilai matawang US dolar semakin kukuh.

Tidak dinafikan juga dengan faktor politik seperti kemenangan Donald Trump pada November 2016, sentimen Brexit, kelembapan beberapa ekonomi dunia seperti China mempengaruhi pergerakan matawang ringgit.

3. Penarafan negatif kepada ujuran kredit Malaysia oleh Fitch

Fitch merupakan agensi Penarafan Kredit (Credit Rating Agency) iaitu syarikat yang memberi penarafan kredit terhadap tahap keupayaan penghutang untuk membayar balik pinjaman pada masanya dan kebarangkalian untuk lewat atau gagal membayar pinjaman pada waktunya. Pada julai 2014,Fitch Ratings telah melaporkan bahawa unjuran kredit (credit rating) Malaysia dilihat sebagai lemah. Fitch Rating menurunkan ramalan (outlook) credit rating Malaysia daripada stabil kepada negatif. Hal ini berdasarkan defisit perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat dan kemungkinan kegagalan kerajaan menepati sasaran pengurangan defisit
kepada 3% pada tahun 2015.

Namun pada Julai 2015,Fitch telah mengumumkan bahawa ramalan credit Rating Malaysia kepada unjuran stabil. Penarafan itu didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh. Pada Jun 2017, Fitch dan S&P Global Ratings telah memberi ujuran A- kepada Malaysia kerana perkembangan ekonomi yang memberangsangkan.

Terkini

Pada akhir tahun 2017, ringgit Malaysia telah menunjukkan pengukuhan yang ketara sehingga mencapai RM4.1100/USD. Pengukuhan ini didorong oleh faktor-faktor ekonomi Malaysia yang mengukuh. Di tambah pula, Malaysia dijangka akan menaikkan kadar faedah buat pertama kali sejak Julai 2014 setelah pertumbuhan kukuh ekonomi negara pada 6.2 peratus yang dicatatkan pada suku ketiga tahun ini. Selain itu, peningkatan harga minyak juga merupakan faktor terhadap pengukuhan ringgit Malaysia. Adakah ringgit Malaysia akan terus mengukuh? Menurut jangkaan ya, namun masih ada risiko untuk menyusut.-MOSHED



Label:
Reaksi:

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget