Jangan Salahkan Kerajaan Jika PPBM Dibatalkan

LABIS 18 Nov. - Alasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahawa terdapat kelemahan dalaman yang menjadi punca kegagalan mereka menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM)
adalah tidak masuk akal namun perkara itu tidak mustahil.


Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, jika benar dakwaan itu bagaimana mereka mahu memerintah negara ini sedangkan masalah dalaman sendiri tidak mampu diselesaikan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sekiranya masalah itu akan menyebabkan PPBM kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, mereka tidak harus menyalahkanp Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Sekiranya benar-benar berlaku PPBM tidak perlu menyalahkan kerajaan mahu pun ROS untuk meraih sokongan kerana apa yang berlaku adalah berpunca daripada mereka sendiri bukan kerajaan atau ROS.

“Kerajaan tidak pernah campur tangan atau memberikan arahan kepada ROS agar tindakan diambil terhadap parti tersebut. Malah mereka perlu ingat UMNO juga pernah diistihar tidak sah apabila gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh RSS sebelum ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata demikian kepada pemberita dalam Program Johor Home Future Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok di Kampung Panca Jaya di sini sebentar tadi.

Semalam ROS menafikan PPBM pernah mengadakan AGM pada tahun lalu, sebaliknya mereka hanya mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti dengan dihadiri 12 pimpinan parti itu sahaja.

Menurut Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, kenyataan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh bahawa parti tersebut telah membuat AGM pada 2 November 2016 adalah tidak tepat. - UTUSAN ONLINE

Catat Ulasan

i

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget