Kedudukan Terkini Matawang, Harga Minyak Dan Emas Naik Dalam Pasaran Asia

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sebelum menyusut sedikit sebanyak 0.04% kepada 93.96 dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

U.S dolar menyusut sebanyak 0.05% kepada 112.53 berbanding yen, manakala AUD menyusut sebanyak 0.16% kepada 0.7538 berbanding U.S dolar setakat jam 11.30 pagi.

Matawang Euro menyusut sedikit sebanyak 0.01% kepada 1.1732. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.08% kepada 1.3246 setakat jam 11.30 pagi.

Pengukuhan U.S dolar pada awal sesi dagangan Asia didorong oleh penyusutan matawang Euro.
Manakala penyusutan matawang U.S dolar terkini adalah disebabkan, republikan U.S yang dijangka tidak akan membawa reformasi cukai di Kongres pada tahun ini. Ramalan ini berdasarkan undian penganalisis.

Perdagangan matawang dijangka akan relatif pada minggu ini berikutan cuti ‘Thanksgiving‘ pada hari Khamis.

Tumpuan pasaran kini pada isu reformasi cukai dan ucapan Janet Yellen pada minggu ini.

Faktor yanng mendorong penyusutan matawang Euro masih lagi sama seperti semalam iaitu:

Rundingan gabungan parti CDU/CSU, parti Hijau dan parti Liberal FDP telah gagal. FDP menyatakan penarikan diri daripada rundingan tersebut pada Ahad.
Sejak semalam, risiko politik Jerman ini telah memberi kesan kepada pasaran tukaran matawang dalam sesi awal Asia pada Isnin. Matawang Euro membuat ‘gap-down’ dan melemah dalam sesi Asia.

Pengukuhan matawang pound adalah disebabkan:

Kemajuan rundingan antara kerajaan Uk dan kesatuan Eropah bekenaan perjanjian kewangan selepas Brexit.

Kejatuhan matawang Aussie adalah disebabkan tumpuan pasaran pada minit mesyuarat bank pusat pada hari ini.

Minyak

Harga minyak naik dalam pasaran Asia pada hari ini.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.11% kepada $56.48 setakat jam 11.30 pagi. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.19% kepada $62.34 setong setakat jam 11.30 pagi. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Harga minyak sedikit berubah dalam sesi dagangan Asia, namun harga minyak masih lagi rendah dibandingkan semalam walaupun menunjukkan peningkatan.

Hal ini disebabkan peningkatan pengeluaran minyak di U.S.
Masalah utama yang dihapi OPEC ketika ini ialah peningkatan aktiviti penggalian minyak oleh U.S.
Aktiviti penggalian minyak U.S telah meningkat daripada 316 rig pada pertengahan tahun 2016 kepada 738 rig pada minggu lepas.

Westwood Global Energy menjangkakan akan terdapat 18% peningkatan aktiviti penggalian minyak pada tahun 2018.

Emas

Harga emas naik dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik sebanyak 0.38% kepada $1,280.39 per auns setakat jam 11.30 pagi.

Walaubagaimanapun harga emas masih lagi dibawah paras harga semalam.

Hal ini disebabkan penyusutan matawang euro dan pengukuhan U.S dolar.
Selain itu yang turut mendorong kepada paras harga hari ini ialah jangkaan bahawa The Fed akan meningkatkan kadar faedah pada bulan Disember.
Label:
Reaksi:

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget