Mahkamah Bebas Adam Adli

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan aktivis Adam Adli Abd Halim daripada pertuduhan menyertai perhimpunan #KitaLawan, dua tahun lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Adam Adli, selaku Orang Kena Saman (OKS), di akhir kes pendakwaan.

“Setelah mendengar keterangan saksi pendakwaan dan meneliti hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak serta merujuk kepada nas undang-undang yang dikemukakan, mahkamah dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal untuk menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Oleh itu, OKS dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” kata Ahmad Solihin yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula 2 Nov lepas dan hujahan pendakwaan dan pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Adam Adli, 28, dan Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, 47, didakwa bersama-sama menyertai protes jalanan tersebut bermula di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini antara 4 petang dan 7.30 malam, 28 Feb 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 2 Nov lepas, Mohd Fariz dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan menutup kes terhadapnya berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim manakala Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya.–Bernama

Catat Ulasan

i

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget