Myvi Baharu Dilancar

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model Myvi terbaharunya dengan rekaan terkini yang telah memperoleh tempahan sebanyak 5,000 unit sejak dibuka kepada umum 9 November lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata rekaan serba baharu itu menampilkan teknologi terkini, keselamatan pintar dan dianugerahkan lima bintang bagi penarafan keselamatan ASEAN NCAP.


Katanya, pengiktirafan itu sekali gus menjadikan model baharu itu sebagai kenderaan yang berbaloi untuk dimiliki dengan lingkungan harga yang ditawarkan.

“Model terbaharu ini menampilkan teknologi yang sebelum ini hanya dimiliki oleh model premium, ia sekaligus menetapkan penanda aras kualiti bagi kami dari segi rekaan dan keseluruhan penawaran bagi model masa hadapan kami," katanya.


Model terbaharu Myvi 1.5 liter dan 1.3 liter menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan ditawarkan sekitar RM44,300 hingga RM55,300.

Model Myvi 1.5 liter dilengkapi enam beg udara manakala model 1.3 liter dilengkapi empat beg udara.

Antara ciri utama model terbaharu Myvi termasuk Amaran Pra Pelanggaran, dan Isyarat Pelepasan Hadapan bagi memberi isyarat kenderaan hadapan sudah bergerak ketika kesesakan lalu lintas.

Model terbaharu itu juga menampilkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter, menjadikan ia 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelum ini.


Sejumlah enam varian warna diperkenalkan antaranya Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Mengulas lanjut, Aminar memberitahu, sasaran pengeluaran bagi kenderaan Myvi baharu itu dijangka mencapai 75,000 hingga 80,000 unit setahun bermula tahun depan dengan sasaran 6,000 unit kereta berkenaan dijual setiap bulan.-mStar


Label:
Reaksi:

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget