Saham Asia Dibuka Tinggi

TOKYO: Saham Asia dibuka tinggi hari ini berikutan lonjakan pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), hasil daripada pertumbuhan global yang kukuh dan keuntungan korporat yang meningkat.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.3 peratus kepada kenaikan 1.3 peratus pada Rabu, peningkatan terbesar dalam tempoh lapan bulan.

Indeks berkenaan berada dalam aliran menaik untuk kebanyakan tempoh dagangan tahun ini dan hanya mencatat kerugian bulanan sekali saja dalam tahun ini.

Bagi 2017, sehingga kini ia meningkat sebanyak 33 peratus dan berada dalam landasan untuk mencatat prestasi tahunan terbaik sejak peningkatan 68 peratus pada 2009.

Pertumbuhan global yang kukuh, kadar faedah rendah, keuntungan korporat yang kukuh dan jangkaan pengurangan cukai korporat AS telah melonjakkan ekuiti di seluruh dunia.

Ketua strategi IG yang berpangkalan di Melbourne, Chris Weston berkata, pasaran baru muncul sedang berkembang dan di sinilah peniaga menunjukkan prestasi baik.

"Khususnya di Asia, ia kelihatan amat kukuh," katanya.

Sehingga kini, indeks Hang Seng di Hong Kong naik 35.5 peratus manakala CSI 300 mencatat pulangan 27.4 peratus setakat ini pada 2017. -Reuters
Label:
Reaksi:

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget