SEDIC telah jadi boneka MIC, masyarakat India dimangsakan – DAP

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar mendakwa Unit Khas Pembangunan Soisoekonomi Masyarakat India (SEDIC) telah hilang kewibawaannya setelah MIC campur tangan dalam kegiatannya organisasi itu.

“Akhirnya, SEDIC telah menjadi boneka MIC. SEDIC telah mengikut telunjuk MIC dalam menyalurkan dana kerajaan itu.

“Masyarakat India telah dimangsakan sekali lagi oleh pemimpin-pemimpin MIC,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Sivakumar turut mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menipu masyarakat Indian dalam pembentangan Belanjawan 2018 yang lepas apabila menyebut sejumlah RM230 juta telah disalurkan kepada masyarakat itu melalui SIDEC dari 2014 sehingga kini.

“Perdana Menteri telah menipu masyarakat india kerana angka-angka yang disebut itu adalah tidak benar. RM230 juta tidak sampai kepada masyarakat India yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Walaupun ada projek-projek tertentu telah dilaksanakan oleh SEDIC, tetapi sebahagian besar wang peruntukkan itu telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu,” ujarnya yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Tambah Sivakumar lagi, kegagalan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K Devamany menjawab persoalan mengenai SEDIC di Parlimen membuktikan terdapat unsur penyelewengan dalam agensi tersebut.

“Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri itu telah mengelak menjawab soalan-soalan yang berhubung dengan peruntukan SEDIC ketika perbahasan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu,” ujarnya.
Label:
Reaksi:

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget