Terima Kasih Ahli Parlimen Pas

KOTA BHARU 28 Nov. - Tindakan dua Ahli Parlimen Pas, Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Idris Ahmad (Bukit Gantang) yang mengambil tindakan berkecuali semasa undi belah bahagian Bajet 2018 peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuktikan UMNO dan Pas sememangnya boleh bekerjasama.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom berkata, kedua-dua parti itu boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan semua terutama dalam isu membabitkan umat Islam. 



Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, banyak lagi masalah lain yang dihadapi masyarakat Islam terutama golongan muda seperti penagihan dadah, kes buang anak dan mat rempit yang perlu ditangani bersama.


“Saya mengucapkan terima kasih kepada dua Ahli Parlimen Pas tersebut yang tidak mengundi untuk pembangkang, sepatutnya memang perlu macam itu, barulah kita jadi kuat.


“Pas dan UMNO kena sentiasa berpakat, apabila berkaitan benda kebaikan dan kebajikan terutama untuk orang Islam kita perlu ketepikan bab parti.


“Saya tahu di kawasan saya (Kubang Pasu) saya tidak mungkin menang (kerusi Parlimen) jika orang UMNO saja undi saya, saya menang kerana undi orang Pas, kita sama berbaik dan pakat molek-molek, sebab itu saya menang banyak dengan majoriti 10,444 undi,” katanya semasa berucap di Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri Kelantan di sini hari ini.


Pada 20 November lalu, sebanyak 52 Ahli Parlimen bersetuju, 51 orang tidak bersetuju manakala dua dari Pas berkecuali dalam proses pengundian belah bahagi yang membolehkan kerajaan menang tipis. - UTUSAN ONLINE


Label:
Reaksi:

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget