Tuduhan Lanun Cermin Pemikiran Penjajah

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengaitkan keturunan Bugis sebagai lanun ketika berucap pada perhimpunan haram Pakatan Harapan bulan lalu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan, kenyataan Dr. Mahathir itu menunjukkan bekas Perdana Menteri itu terikut-ikut menggunakan istilah yang dipopularkan oleh orientalis Barat terhadap orang Islam yang menentang penjajah,


Selain itu, katanya, bekas pemimpin yang pernah menuduh Pas lebih bahaya daripada komunis itu juga disifatkan sebagai mudah lupa dengan kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Kedatangan penjajah Barat ditentang oleh semua penduduk dunia. Malangnya mereka melabelkan pula perjuangan menentang penjajahan yang zalim itu dengan jenama pemberontak, lanun, penderhaka dan sebutan yang jelik.

“Malangnya masih terdapat kalangan penganut Islam ter­ikut-ikut menggunakan istilah lanun yang dipopularkan oleh orientalis terhadap bangsa Islam yang menentang penjajah, termasuk kenyataan mereka menyebut bahawa Pas yang menegakkan Islam lebih bahaya daripada komunis. Hanya Melayu yang mudah lupa sahaja yang melupai kenyataan ini,” katanya menerusi kenyataan dalam Harakahdaily di sini hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama Dr. Mahathir, kenyataan itu jelas merujuk kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr. Mahathir yang didakwa telah menghina keturunan Bugis ketika berucap pada perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP bulan lalu.

Abdul Hadi berkata, penulisan orientalis Barat juga menutup kejahatan mereka yang menentang Islam sehingga melakukan konsep jajahan dengan penaklukan secara paksaan, perhambaan dan merompak hasil negara yang dijajah.

“Pendekatannya sangat berbeza dengan kedatangan Islam yang menjadi penyelamat bersama konsep adil dan rahmat,” ujarnya.-Utusan Online

Catat Ulasan

i

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget